PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa depan untuk mempersembahkan butiran bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat seperti didakwa sebelum ini.
Perkara itu didedahkan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu melalui satu kenyataan media yang diedar petang tadi.
“Saya ingin menjunjung kasih kerana Ke bawah Duli Tuanku telah memperkenankan untuk saya mengadap pada hari Selasa, 13 Oktober, Insya-Allah.
“Pada majlis mengadap tersebut saya akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana yang saya sebut sebelum ini.
“Saya amat berharap rakyat Malaysia untuk terus bertenang dan mendoakan dari rumah atau tempat pekerjaan masing-masing, serta menghormati Peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya.
Pada 23 September lalu, Anwar pada satu sidang media mendakwa dia mempunyai sokongan yang "kukuh dan menyakinkan" untuk menubuhkan kerajaan persekutuan dan mempunyai "dokumen tetap yang tidak boleh diragui" bagi membuktikannya.
Pada sidang media itu, Anwar turut mendakwa kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin telah runtuh susulan hilang sokongan.
Ahli Parlimen Port Dickson itu sebelumnya dijadualkan mengadap Agong pada 22 September, namun ditangguhkan susulan Seri Paduka mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
Istana Negara dalam satu kenyataan selepasnya mengesahkan bahawa majlis mengadap yang dijadualkan itu ditangguhkan. Susulan kenyataan Anwar ada pihak cuba memperlekeh dengan mendakwa ia sekadar gimik politik.
Namun kenyataan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi bahawa beliau telah mengambil maklum bahawa ramai Ahli Parlimen dari partinya telah mengalihkan sokongan kepada Anwar menguatkan lagi dakwaan Ketua Pembangkang itu.
Jumlah sebenar dan Ahli Parlimen mana yang memberi sokongan kepada Anwar tidak didedahkan sehingga kini, Anwar menegaskan bahawa ia akan terlebih dahulu dipersembahkan kepada Seri Paduka sebelum didedahkan kepada Umum.
Nyata perkembangan terbaharu itu membuktikan kenyataan Anwar sebelum ini bukan gimik seperti cuba digambarkan sesetengah pihak sebelum ini.
Perkara itu didedahkan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu melalui satu kenyataan media yang diedar petang tadi.
“Saya ingin menjunjung kasih kerana Ke bawah Duli Tuanku telah memperkenankan untuk saya mengadap pada hari Selasa, 13 Oktober, Insya-Allah.
“Pada majlis mengadap tersebut saya akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana yang saya sebut sebelum ini.
“Saya amat berharap rakyat Malaysia untuk terus bertenang dan mendoakan dari rumah atau tempat pekerjaan masing-masing, serta menghormati Peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya.
Pada 23 September lalu, Anwar pada satu sidang media mendakwa dia mempunyai sokongan yang "kukuh dan menyakinkan" untuk menubuhkan kerajaan persekutuan dan mempunyai "dokumen tetap yang tidak boleh diragui" bagi membuktikannya.
Pada sidang media itu, Anwar turut mendakwa kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin telah runtuh susulan hilang sokongan.
Anwar diperkenan mengadap Agong |

0 Comments