5 lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan


KETUA 
Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini memaklumkan lima lagi pesakit maut akibat Covid-19.

“Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan lima kes kematian berkaitan Covid-19.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia adalah sebanyak 146 kes atau 1.02 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya pada taklimat medianya secara maya di Facebook siang tadi.

Sementara itu menurut Dr Noor Hisham, sebanyak 375 kes baru Covid-19 dicatatkan hari ini, termasuk empat kes import.

Sabah kekal sebagai negeri yang masih mencatatkan peningkatan kes tertinggi iaitu sebanyak 271 kes.

Ia diikuti dengan Selangor (36 kes), Kedah (16 ), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan (masing-masing10), Sarawak (6), Johor, Perak dan Terengganu (masing-masing 5), dan Putrajaya (masing-masing 2) manakala satu kes di Melaka dan Pulau Pinang.

Susulan perkembangan itu, jumlah kes keseluruhan kini adalah sebanyak 14,368 dengan 10,519 daripada mereka telah disahkan sembuh termasuk 18 hari ini.

Lima lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan
Dr Noor Hisham juga berkata bahawa jumlah kes aktif adalah sebanyak 3,703 orang. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Manakala jumlah pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) bertambah dari 40 kes semalam kepada 60 kes hari ini, sebanyak 20 pesakit memerlukan ventilator, berbanding 13 kes semalam.

Post a Comment

0 Comments