Laksana 'gencatan politik', buka Parlimen dan dapatkan bantuan pembangkang


TIMBALAN Speaker Dewan Rakyat Azalina Othman Said sekali lagi menegaskan bahawa “gencatan politik” antara parti di negara ini diadakan supaya rakyat dapat diutamakan sewaktu wabak Covid-19.

Gesaan itu disuarakan wakil rakyat Pengerang itu susulan peningkatan kes baru Covid-19 yang semakin meresahkan.

“Seolah-olah dalam politik, semuanya tak boleh – kawan tak boleh, bercakap tak boleh. Nak telefon pun benda menakutkan dalam kalangan parti politik,” kata beliau sambil menambah, ini tidak sepatutnya terjadi di negara ini.

Azalina berkata begitu dalam  di sebuah webinar semalam yang turut disertai Ahli Parlimen Subang, Wong Cheng.

Sebagai rekod, Azalina baru-baru ini mengkritik pentadbiran Muhyiddin kerana menggantung persidangan Dewan.

Dipetik laporan media Azalina berkata, kerajaan boleh mengenakan perintah kawalan terhadap rakyat, tetapi bukan terhadap demokrasi

Tambah Azalina, gencatan senjata itu perlu bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa negara dan pemimpinnya sedang melangkah kedepan bagi menangani pendemik itu.

Malah beliau supaya kerajaan sebuah interim darurat dengan Kabinet darurat dibentuk bagi menggantikan kerajaan Perikatan Nasional dengan ia kemudian diwakili pemimpin dari semua parti politik.

Azalina dalam webinar itu sekali lagi mengulangi gesaan agar Parlimen dibenarkan bersidang kembali.

Sementara itu, Wong Chen, yang juga menghadiri webinar berkenaan, berkata kerajaan dikepalai Muhyiddin Yassin kini idak dapat menangani wabak dengan baik.

Malaysia perlu melangkah kedepan


Katanya, kerajaan perlu mendapatkan pertolongan agar penyelesaiaan kepada masalah itu dapat dicapai.


Ia termasuk dengan mendapatkan sokongan dan membenarkan pembangkang memberikan saranan untuk mengekang wabak tersebut sekaligus memerangi Covid-19.