Mudahkan rakyat, Selangor bakal buka lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin


KERAJAAN Selangor bersetuju untuk membuka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berskala mega di sekitar negeri tersebut, lapor Sinar Harian.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin menurut portal itu berbincang  pada Ahad tentang cara meningkatkan kadar vaksinasi di negeri tersebut.

Mereka menerusi satu kenyataan bersama , mereka menjelaskan bahawa PPV berkenaan akan dibuka secara berperingkat bermula minggu kedua bulan Jun ini.

“Hasil perbincangan turut bersetuju untuk meningkatkan kerjasama strategik antara kerajaan Selangor dan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) bagi membolehkan PICK berjalan dengan lancar, seterusnya mencapai sasaran imuniti kelompok,” kata kenyataan tersebut.

Selain pembukaan PPV itu, Amirudin dan Khairy difahamkan turut berbincang berkenaan isu pendaftaran vaksin AstraZeneca  sebelum ini.

Individu yang terkesan akibat penggantian janji temu vaksinasi AstraZeneca dan tidak bersetuju dengan perkara tersebut jelas mereka akan diberikan janji temu yang baharu.

Amiruddin juga memaklumkan bahawa kerajaan Selangor melaksanakan pendaftaran vaksin AstraZeneca bagi individu yang mendaftar di bawah Program Outreach Imunisasi Covid-19 (Imunisel) bagi golongan tanpa akses digital mendaftar vaksin secara ‘offline’.

“Namun begitu, tempahan slot vaksin AstraZeneca menerusi Imunisel dibuat secara sukarela atas persetujuan dan pemahaman setiap individu terhadap vaksin tersebut.

Selangor perbanyakkan PPV


“Jadi, terdapat beberapa individu yang menerima temu janji vaksinasi selain AstraZeneca terlebih dahulu, digantikan dengan janji temu baharu bagi vaksin AstraZeneca tanpa pengetahuan mereka.


“Bagi menyelesaikan isu ini, pihak Imunisel bersetuju untuk menyerahkan senarai nama individu yang didaftarkan tempoh hari untuk dihubungi oleh pihak CITF bagi mendapatkan persetujuan menerima vaksin AstraZeneca,” kata kenyataan itu lagi.

Post a Comment

0 Comments