KERAJAAN Persekutuan dikepalai MahiaddiN md Yasin digesa agar tidak melengahkan proses vaksinasi untuk rakyat di Melaka.
Gesaan itu dibuat bekas Ketua Negeri Adly Zahari bersama Pengerusi DAP Melaka Tey Kok Kiew dan Pengerusi KEADILAN Melaka Halim Bachik.
Menurut mereka, rakyat di negeri itu mempunyai kesedaran yang tinggi dan kini lebih 80 peratus telah mendaftar untuk menerima vaksin.
Namun, jelas mereka hanya seramai 169,781 atau 18.2 peratus penduduk telah menerima suntikan dos pertama mereka dan seramai 78,319 atau 8.4 peratus menerima suntikan kedua yang mana menurut mereka sangat rendah berbanding negeri lain.
"Kadar pemberian vaksin bagi Negeri Melaka pada 6 Julai adalah antara yang terendah dan lambat iaitu hanya 8,435 dos sahaja berbanding Johor, Negeri Sembilan dan Perak.
" Dari segi peruntukan vaksin bagi bulan Julai, Melaka menerima sebanyak 364,829 dos. Minggu pertama Julai diperuntukkan 73,768 dos vaksin. Namun dari 1 hingga 6 Julai, hanya 31,447 dos vaksin sahaja digunakan dan berbaki 42,321 dos peruntukan minggu pertama bulan Julai,” kata kenyataan mewakili Pakatan Harapan (HARAPAN) Melaka itu.
Mengulas lanjut mereka menegaskan bahawa negeri itu sepatutnya mendapat tambahan 65,000 dos vaksin, ia susulan Kerajaan Persekutuan baru-baru ini dilapor menerima sumbangan dua juta dos vaksin daripada Jepun dan Amerika Syarikat.
Sebagai negeri pelancongan jelas mereka, ekonomi Melaka banyak bergantung kepada sektor perkhidmatan dan pemberian vaksin dikalangan rakyat negeri itu penting bagi menjana dan memulihkan semula ekonomi di negeri itu.
![]() |
'Lockdown' berterusan mangsakan rakyat |
"Untuk itu juga, Melaka wajar menstruktur semula keutamaan penerima vaksin khususnya untuk mereka yang bekerja di sektor perkilangan, keusahawanan dan perkhidmatan kerana mereka lebih terdedah untuk dijangkiti dan menjangkiti orang lain terutama yang berkaitan dengan kes penyebaran Covid-19 sporadik.”
"Kita bukanlah berusaha untuk menang dalam melawan Covid-19, tetapi apa yang kita harus lakukan adalah menjaga kesihatan rakyat dengan adil dan saksama, di samping kembali memberi ruang kepada rakyat mencari sesuap nasi," tambah mereka lagi sambil mengingatkan supaya tindakan segera dilaksana supaya 'nasi tak menjadi bubur'
0 Comments