DUA buah kapal dilapor berlanggar di perairan Muar, Johor kira-kira jam 12.03 tengah malam tadi.
Memetik laporan media, kejadian itu membabitkan kapal tangki MV Galapagos dankapal kargo MV Zephyr Lumos di kedudukan 14.1 batu nautika di barat daya Kuala Sungai Muar.
Insiden itu disahkan Pengarah Maritim Johor Nurul Hizam Zakaria dengan berkata bahawa Pusat Sub Penyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru telah menerima maklumat kejadian menerusi Pusat Penyelarasan Penyelamat Maritim (MRCC) Putrajaya.
Hizam berkata, sejurus menerima maklumat, MRSC Johor Bahru menyalurkan maklumat kepada Zon Maritim Batu Pahat (ZMBP) dan Pos Pengkalan Hadapan (FOB) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Batu Pahat bagi memohon bantuan aset.
Beliau berkata, kapal Kilat 47 daripada ZMBP dan PSC 37 Pasukan Polis Marin (PPM) telah diatur gerak ke lokasi kejadian bagi mendapatkan gambaran kejadian.
“Hasil pemerhatian dan pemantauan di lokasi kejadian, kapal MV Zephyr Lumos disyaki terlanggar kapal MV Galapagos, dan sehingga kini tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.
MRCC Putrajaya difahamkan telah menerima isyarat kecemasan oleh sistem Cospas-Sarsat daripada kapal kargo terbabit manakala satu lagi isyarat sama diterima melalui Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Pekan Baru, Indonesia.
Jabatan Laut Wilayah Selatan (JLWS) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri sudah dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan untuk mengambil tindakan lanjut.
Memetik laporan media, kejadian itu membabitkan kapal tangki MV Galapagos dankapal kargo MV Zephyr Lumos di kedudukan 14.1 batu nautika di barat daya Kuala Sungai Muar.
Insiden itu disahkan Pengarah Maritim Johor Nurul Hizam Zakaria dengan berkata bahawa Pusat Sub Penyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru telah menerima maklumat kejadian menerusi Pusat Penyelarasan Penyelamat Maritim (MRCC) Putrajaya.
Hizam berkata, sejurus menerima maklumat, MRSC Johor Bahru menyalurkan maklumat kepada Zon Maritim Batu Pahat (ZMBP) dan Pos Pengkalan Hadapan (FOB) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Batu Pahat bagi memohon bantuan aset.
Beliau berkata, kapal Kilat 47 daripada ZMBP dan PSC 37 Pasukan Polis Marin (PPM) telah diatur gerak ke lokasi kejadian bagi mendapatkan gambaran kejadian.
“Hasil pemerhatian dan pemantauan di lokasi kejadian, kapal MV Zephyr Lumos disyaki terlanggar kapal MV Galapagos, dan sehingga kini tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.
![]() |
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan |

0 Comments