K'jaan DAP Pulau Pinang cadang tubuh panel kesihatan mental

 



KETUA MENTERI  Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menyuarakan rasa bimbang terhadap peningkatan kes bunuh diri terutama ketika pendemik Covid-19 melanda negara.

Melalui satu sidang media, beliau berkata, peningkatan kes itu perlu diberi perhatian serius dan kerajaan negeri jelasnya bakal menubuhkan satu panel bagi menangani isu kemurungan membabitkan penduduk negeri itu yang terkesan dengan pendemik.

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedia mempertimbangkan proposal bagi menubuhkan sebuah panel penasihat kesihatan mental bagi negeri Pulau Pinang untuk menangani masalah terbabit dalam negeri ini.

“Ianya adalah dialu-alukan bagi memberi nasihat mengenai cara menangani kesihatan mental dan mampu berfungsi sebagai penggubal polisi sokongan dan seumpamanya.

” Dengan adanya panel ini, ia juga dapat membantu golongan terkesan dan membantu mereka dalam menangani isu yang semakin serius tatkala ini melalui pendedahan kesedaran mengenai masalah kesihatan mental dikalangan rakyat yang masih lagi berada pada tahap yang tidak memuaskan, ” ujar beliau.

Sehingga Mac tahun ini, pihak berkuasa polis melaporkan sebanyak 336 kes bunuh diri dilaporkan berbanding 631 kes bagi 2020 dan 609 kes bagi tahun sebelumnya.

Media turut berkongsikan laporan kes bunuh diri yang berlaku kebelakangan ini susulan isu ekonomi dan kesihatan akibat wabak yang melanda negara itu.
 
Selain itu kata beliau, terdapat segelintir masyarakat yang beranggapan pesakit mental sebagai bahaya, tidak boleh berdikari, gila dan seumpamanya sehingga mereka dipinggirkan dikalangan masyarakat.

 Kon Yeow bimbang peningkatan kes bunuh diri
Dengan penubuhan panel kesihatan mental tersebut oleh Kerajaan Negeri, beliau yakin ia dapat membantu penduduk Pulau Pinang untuk melihat kembali keperluan kesihatan mental mereka.

Hadir sama ialah Exco Kerajaan Negeri, Dr Norlela Ariffin, Phee Boon Poh serta barisan Ahli Dewan Undangan Negeri serta juga Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Datuk Dr Asmayani Khalib.

Post a Comment

0 Comments