Melalui satu kenyataan Dzulhilmi berkata, rakaman audio didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi yang tersebar baru-baru ini merupakan modus operandi yang cuba digerakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mengalih pandangan masyarakat terhadap realiti semasa yang berlaku terhadap ketidakcekapan kerajaan Perikatan Nasional (PN)
“Kedudukan kerajaan PN yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin dari masa semasa telah menggambarkan keretakan yang amat ketara,” katanya.
Semalam, Anwar dan Zahid sama-sama menafikan sebagai individu dalam satu rakaman audio berdurasi empat minit.
BACA: Rakaman audio fitnah, tegas Anwar dan Zahid
Individu yang suaranya mirip Anwar didengar memuji individu yang memiliki suara seakan Zahid kerana berjaya mengendalikan Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.
Anwar dalam ucapannya di Shah Alam malam tadi menyifatkan fitnah terbaharu itu merupakan tipu helah pemimpin negara yang sedang gundah gulana, mengugut dan menyebarkan fitnah terhadap mereka yang tidak termakan dengan pujukan rasuah.
Sementara itu, Dzulhilmi turut mempersoalkan mengapa satu klip audio tular sebelum ini yang dikaitkan dengan Muhyiddin Yassin bersama pimpinan tertinggi Bersatu yang jelas mengandungi unsur rasuah atau suapan yang tular sebelum ini.
Tambahnya, walaupun individu itu boleh disiasat dan didakwa berdasarkan Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009, namaun sehingga hari ini tiada sebarang kertas siasatan dibuka walaupun berpuluh laporan polis telah dibuat oleh orang awam di seluruh negara.
Justeru tegasnya, dengan pelbagai isu dihadapi negara ketika ini, Rakyat Malaysia berhak mendapat seorang pemimpin yang mampu menerajui dan membawa Malaysia keluar dari masalah yang sedang dihadapi.
"Rakyat sudah faham dengan realiti semasa yang berlaku selepas lebih setahun PN ditubuhkan.
"Pertumbuhan ekonomi negara dan pelaburan asing telah menyusut sebanyak 5.6 peratus dan 68 peratus susulan daripada perlaksanaan darurat dan pergantungan Parlimen.
![]() |
Jangan heret Anwar dalam masalah Umno - Bersatu |
“Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan sosok tubuh yang paling layak untuk menerajui tampuk pemerintahan negara berdasarkan rekod dalam menguruskan pentadbiran negara terutamanya ketika menjawat jawatan sebagai Menteri Kewangan,” katanya lagi.
0 Comments