PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan bahawa beliau adalah pemilik suara yang dirakam dalam perbualan telefon dengan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.
Tegasnya, klip audio yang tersebar itu merupakan usaha fitnah untuk mencetuskan pertelingkahan di kalangan pemimpin Umno.
"Ternyata ada usaha untuk memfitnah, merekayasa dengan lebih canggih
"Saya nak sebut, (audio) ini nak gunakan kita nak lawan politik dalam Umno, nak gunakan kononnya perbualan saya dan Datuk Seri Zahid untuk politik Bersatu nak menikam pimpinan Umno.
"Ini bukan kerja saya. Sebab itu saya akan arah pegawai saya buat laporan polis, biar dia (polis) siasat siapa yang punca
Sejak semalam rakaman audio selama empat minit itu beredar dalam talian di mana individu yang suaranya mirip Anwar didengar memuji individu yang memiliki suara seakan Zahid kerana berjaya mengendalikan Perhimpunan Agung Umno.
Sementara itu tegas Anwar, fitnah itu menunjukkan keterdesakan pihak tertentu mengatur strategi setelah gagal "mengugut" dan "merasuah" pemimpin pembangkang.
"Ia menunjukkan betapa gundah-gulananya pimpinan negara ini mencari apa saja tipu helah, ugut, beri orang rasuah, tak makan (tak dapat merasuah), maka dia sebar fitnah," katanya ketika berucap semasa melancarkan bilik operasi KEADILAN di Shah Alam malam tadi.
Selain Anwar, Zahid juga menafikan suara dalam audio berkenaan adalah miliknya.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menganggap penyebaran klip audio itu sebagai “percaturan politik yang jahat dan jijik”.
![]() |
Anwar dan Zahid nafi individu dalam rakaman |
“Saya percaya lebih banyak lagi permainan keji seperti ini akan dilakukan untuk terus meremehkan dan memusnahkan Umno,” katanya sambil menegaskan bahawa tiada sebarang perbualan antara beliau dengan Anwar selepas Perhimpunan Agung Umno (PAU) baru-baru ini.
0 Comments