PEGUAM mewakili Parti Warisan Sabah (Warisan) telah memfailkan saman terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir.
Ia selepas Hassan didapati gagal meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebatik selepas meninggalkan parti itu.
Antara lain writ saman itu memohon perintah mahkamah untuk memaksa Hassan memenuhi obligasi surat peletakan jawatan sebagai ADUN Sebatik yang telah ditandatanganinya sebelum ini.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Warisan memaklumkan, writ saman dan penyataan tuntutan itu dihantar di kediaman beliau di Taman Fulliwa di sini pada jam 3.35 petang Rabu.
Writ itu menamakan Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto Padua yang juga sebagai wakil Warisan adalah plaintif, manakala Hassan sebagai defendan.
![]() |
Hassan dituntut penuhi obligasi peletakan jawatan |
Kemudian dia menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) apabila menyerahkan borang keahliannya kepada Timbalan Presiden parti itu, Ahmad Faizal Azumu.