RAKYAT sekali lagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran Perikatan Nasional (PN) terutama menteri yang bertanggungjawab dalam soal kesihatan.
Ia susulan peraturan baru diumumkan Adham Baba mengenai peraturan menteri yang pulang dari lawatan rasmi luar negara dikecualikan daripada menjalani pemerhatian atau pengawasan 10 hari seperti rakyat lain.
Rakyat meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial. Tanda Pagar #AdhamBabaLetakJawatan “trending” di laman mikro Twitter, setakat jam 2 petang ini ia hampir mencecah 13,000 catatan.
Adham, sebelum ini kontroversi dengan saranan agar orang ramai minum air suam dengan dakwaan dapat mencegah jangkitan penyakit Covid-19.
Ahli Parlimen Tenggara dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu mendakwa virus tersebut tidak tahan panas, dan apabila dialirkan dari kerongkong ke dalam perut, asid dalam perut dapat membasmi virus.
BACA: Doktor pakar bidas mitos disebarkan menteri
BACA: Berundur jika enggan pikul tanggungjawab, tegas Dr Dzulkefly
Ketika usaha melawan Covid-19 diletakkan pada rakyat, peraturan baru menyatakan menteri hanya perlu menjalani pemerhatian selama tiga hari dilihat tidak membantu usaha memerangi wabak itu.
Adham dan dua timbalannya sebelum ini dikirik hebat rakyat susulan dilihat tidak memainkan peranan sepatutnya dalam mengepalai usaha melawan wabak itu.
Sementara itu dipetik laporan berita, pengguna laman Twitter berkongsi pandangan.
Seorang individu @ahmadjameran mengingatkan “Tujuan kuarantin itu supaya kita boleh kesan sebarang gejala atau perkembangan penyakit sepanjang tempoh inkubasi 2-12 hari,"
Beliau secara sinis membidas peraturan baru itu dengan berkata "Kalau tiga hari, tak payah kuarantin pun tidak apa. Terus je kerja, dan sebar penyakit dalam komuniti,” katanya.
BACA: Adham Baba dikecam warganet lagi
BACA: Lim Kit Siang gesa Dr Noor Hisham ganti Adham Baba
Terdapat juga pengguna yang menyifatkan peraturan baharu itu sebagai dwi-standard, mereka turut mengkritik keputusan pentadbiran Muhyiddin dalam beberapa hal.
“Peraturan berat sebelah macam ini tak akan berlaku kalau ada Parlimen yang berfungsi,” kata @khairizulfadhli.
“Hanya satu tips untuk rakyat Malaysia hilang rasa marah: #AdhamBabaLetakJawatan,” kata @anwarrrrahmad pula
Keputusan terbaharu kerajaan PN itu turut menarik perhatian bekas perdana menteri Najib Razak , tegasnya perintah berkenaan merupakan tindakan yang tidak patut dilakukan dan ia menyebabkan rakyat marah dengan langkah ini.
“Antara ketidakpuasan terbesar ramai ialah dwi-standard dalam perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tapi ini pula dibuat pada ketika rakyat tengah marah. Tidak patut. Aduh. Menteri kuarantin tiga hari, rakyat kuarantin 10 hari.” katanya di Facebook.
![]() |
Rakyat mahu Adham Baba letak jawatan |
Ia juga selepas Menteri Luar, Hishammuddin Hussein melakukan lawatan rasmi ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Muhyiddin mengadakan lawatan rasmi ke Indonesia.
0 Comments