Lim Kit Siang gesa Dr Noor Hisham ganti Adham Baba


VETERAN
Politik, Lim Kit Siang menggesa Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai menteri kesihatan menggantikan Adham Baba.

Lim, yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri membuat kenyataan itu selepas Adham Baba dikritik  ramai susulan kenyataannya "500 negara" nya.

"Ramai yang akan setuju, bukan saja dalam negara tapi juga luar negara, sekiranya Noor Hisham menggantikannya (Adham) sebagai menteri kesihatan," kata Lim dalam kenyataan media.

Terdahulu, Adham dikritik dan menjadi bahan jenaka di media sosial apabila mendakwa telah mendapat pengiktirafan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kerana telah berjaya mengadakan perbincangan dan berurusan dengan 500 negara berkenaan isu koronavirus (Covid-19).

Adham kemudian menjelaskan kenyataan dalam tele sidang bersama Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi itu sebagai salah sebut dan sebenarnya ingin mengatakan "500 peserta".

Bagaimanapun, Lim membidas penjelasan Adham dan minta menteri itu memberikan perincian mengenai jumlah 500 itu.

"Adham perlu berikan perincian dan buktikan sidang video itu yang didakwa melibatkan 500 peserta. Jika tidak, mungkin dia patut letak jawatan," tegas Lim.

Lim turut menyindir bahawa “seluruh dunia akan memberi sokongan” sekiranya Noor Hisham dilantik sebagai menteri.

"Ramai yang akan setuju, bukan saja dalam negara tapi juga luar negara, sekiranya Noor Hisham menggantikannya (Adham) sebagai menteri kesihatan," katanya.

Sebagai rekod, Dr Noor Hisham dinamakan sebagai tiga pakar terbaik di dunia dalam menangani isu koronavirus.

Adham sebelum ini dikritik warganet kerana dilihat lemah memainkan peranan nya sebagai menteri selain kerap mengeluarkan kenyataan 'tidak masuk' 

Ia antaranya  ketika wawancara Bicara Naratif disiarkan RTM1, Adham mendakwa virus itu tidak tahan panas dan air suam akan mengalirkan virus koronavirus dari kerongkong ke dalam perut.

Post a Comment

0 Comments