BEKAS Timbalan Menteri Industri Utama mengkritik tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang cuba menyalahkan Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN).
Datuk Seri Mohd Shamsul Iskandar Md Akin yang dipetik satu laporan media menegaskan, punca kejatuhan kerajaan HARAPAN adalah susulan tindakan Dr Mahathir sendiri meletak jawatan sebagai perdana menteri, sekaligus membuka ruang untuk 'pengkhianat' mengambil peluang menubuhkan kerajaan.
Tambah Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu lagi, apa yang berlaku itu merupakan fakta yang telah diketahui sekian lama oleh rakyat.
Justeru tindakan Dr Mahthir cuba meletakkan kesalahan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai punca utama kejatuhan HARAPAN jelasnya merupakan satu ‘sangkaan jahat’.
“Rakyat Malaysia sudah tahu HARAPAN jatuh apabila Mahathir sendiri meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Dan yang menjadi parah lagi apabila keputusan beliau letak jawatan itu, pada pandangan saya, tidak ada perbincangan di kalangan pimpinan tertinggi HARAPAN.
“Ini tentunya melanggar prinsip musyawarah yang sepatutnya dihayati dan saya yakin Mahathir sebagai orang lama dalam politik faham prinsip ini.
"Namun, tindakannya itu telah menimbulkan prasangka cukup besar, dilakukan tanpa mengambil kira pandangan dan pendapat rakan-rakan komponen HARAPAN,” katanya dipetik laporan Awani.
Shamsul sebelumnya mengulas catatan terbaharu Dr Mahathir di blognya yang berkata, HARAPAN tidak akan tumbang sekiranya semua Ahli Parlimen HARAPAN sepakat memilih namanya sebagai Perdana Menteri dan bukan Anwar.
Mengulas lanjut, Shamsul Iskandar berkata, sekiranya Dr Mahathir berpegang kepada janjinya untuk menyerahkan jawatan kepada Anwar mengikut apa yang telah dipersetujui, perkara itu tidak akan timbul.

Dr Wan Azizah sepatutnya Perdana Menteri
Menuju ke hadapan, beliau berkata, peristiwa itu sepatutnya menjadi pengajaran kepada HARAPAN serta gabungan parti politik akan datang, bahawa amat penting untuk mempertahankan muafakat yang telah dipersetujui.
“Kalau tidak KEADILAN juga boleh pecahkan janji muafakat itu kerana selepas sahaja Pilihan Raya Umum ke-14, yang menjadi pilihan untuk jadi Perdana Menteri waktu itu ialah Presiden KEADILAN iaitu Dr Wan Azizah.
“Tapi kerana muafakat, janji tetap janji...maka apabila Dr Mahathir bila kita kata diumumkan jadi calon Perdana Menteri, kita terus berpegang kepada keputusan itu,” kata beliau lagi.
Untuk rekod, bekas Peguam Negara Tommy Thomas menerusi buku memoirnya My Story: Justice In The Wilderness mendedahkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah ada mencadangkan Dr Wan Azizah menjawat jawatan Perdana Menteri interim selepas Dr Mahathir meletakkan jawatan.
Bagaimanapun menurut Tommy, Dr Mahathir campur tangan dan mahu jawatan itu.
![]() |
Mahathir tak pertahan muafakat |
Sebaik kerajaan Perikatan Nasional (PN) terbentuk, Mahathir beberapa kali melobi dirinya untuk diangkat lagi sebagai perdana menteri, namun Anwar dan KEADILAN menolak cadangan itu.
0 Comments