K'jaan PN letak keutamaan salah- Lim Kit Siang


LIM KIT SIANG mempersoalkan mengapa sehingga kini, setelah hampir sebulan negara di letakkan dalam perintah darurat, jawatankuasa bebas masih belum dibentuk.

Dalam satu kenyataan media, veteran DAP itu berkata, perkara itu sepatutnya yang menjadi keutamaan Muhyiddin Yassin selepas "empat minggu tertangguh".

"Sehingga kini, jawatankuasa bebas untuk memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai darurat yang diumumkan perdana menteri pada 12 Januari belum dibentuk, walaupun Pakatan Harapan (HARAPAN) memberi respon positif dengan menamakan calon untuk menganggotai jawatankuasa.

"Penangguhan hampir empat minggu ini perlu menjadi perhatian utama Perdana Menteri, bukannya Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) antara Malaysia dan Indonesia yang akan bergantung keada kemampuan kedua-dua negara mengawal wabak," katanya dalam satu kenyataan  tersebut.

Kit Siang turut berkata, beliau kesal dan terkejut di saat wabak Covid-19 semakin buruk, pentadbiran Muhyiddin mempunyai keutamaan yang salah.

Pada 12 Januari, Muhyiddin dalam pengumumanya berkata jawatankuasa itu bebas itu yang terdiri daripada pakar serta ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang akan ditubuhkan bagi memain berperanan menentukan sama ada keadaan Covid-19 telah mereda dan pilihan raya selamat dilakukan.

HARAPAN kemudian menamakan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Saifuddin Nasution Ismail, Anthony Loke (Seremban) dan Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) untuk menyertai jawatankuasa itu.

Majlis Setiausaha HARAPAN dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata, turut mengulas kegagalan pentadbiran Muhyiddin segera mengaktifkan jawatankuasa itu yang menurut mereka adalah penting.

BACA:  HARAPAN kecewa PN belum beri respon

Sementara itu, Kit Siang yang merupakan Ahli Parlimen Iskandar Puteri menegaskan apa yang diperlukan negara ketika ini adalah pembaharuan sepenuhnya strategi negara dalam menghadapi wabak tersebut.

 K'jaan perlu ubah strategi perangi Covid-19
"Masih belum terlambat untuk melancarkan strategi 'keseluruhan kerajaan; dan 'keseluruhan masyarakat' dalam perang menentang Covid-19," katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments