PAKATAN HARAPAN kecewa kerana pentadbiran Muhyiddin belum memberikan sebarang maklum balas mengenai pengaktifan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat biarpun telah menyerahkan senarai nama wakil mereka dua minggu lalu.
Menurut mereka, jawatankuasa tu penting bagi menjalankan fungsi meneliti keadaan semasa bagi membuat membuat sebarang syor berkaitan penamatan darurat.
"Majlis Presiden turut membincangkan isu Jawatankuasa Khas Bebas Darurat yang telah diumum pada 12 Januari lalu. Senarai nama telah diberi kepada pihak Kerajaan pada 21 Januari lalu, iaitu lebih dua minggu yang lalu.
"Namun sehingga hari ini kami belum menerima sebarang maklum balas berkenaan pengaktifan jawatankuasa tersebut.
"Ini amat mendukacitakan kerana kami diberi gambaran bahawa jawatankuasa ini penting untuk meneliti keadaan semasa bagi membuat pengesyoran berkaitan penamatan darurat," menurut mereka dalam satu kenyataan media.
Kenyataan itu ditandatangani ditandatangani Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution, Setiauasaha Agung Amanah, Datuk Dr Mohd Hatta Ramly dan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke.
Dalam kenyataan tersebut juga, HARAPAN mengulangi pendirian bahawa mandat sah diberikan rakyat untuk gabungan itu mentadbir negara perlu dikembalikan.
Mereka menegaskan tiada keperluan untuk negara berdepan dengan Pilihan Raya Umum sehingga tempoh mandat itu berakhir pada 2023.
"Majlis Presiden turut mempertikai kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sering membangkitkan isu pilihan raya. Amat jelas rakyat Malaysia tidak inginkan pilihan raya pada waktu ini, tetapi mahu kestabilan politik untuk menyelesai isu pandemik dan ekonomi.
![]() |
Mengecewakan, PN lambat beri respon |
"Yang diperlukan adalah pengembalian mandat tersebut kepada pihak yang sepatutnya, pada kadar segera," kata kenyataan itu lagi.
0 Comments