SETIAUSAHA Agung parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Saifuddin Nasution Ismail menyindir Ahli Parlimen dari PAS yang tidak lagi lagi berusaha merealisasi pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965- RUU355 yang sebelum ini diperjuangkan mereka.
Saifuddin melalui hantaran di laman Facebooknya berkata, meskipun sudah setahun PAS menjadi sebahagian dari kerajaan Perikatan Nasional (PN) di peringkat Persekutuan, malangnya masih tiada kertas kabinet dibentangkan berhubung pelaksanaan pindaan akta tersebut.
“Setahun sudah menjadi kerajaan. Tiada kertas kabinet untuk melaksanakan RUU355 dibentangkan oleh menteri agama atau menteri undang-undang. Tiada dibentang dalam kabinet bermaksud tiada juga dibentang dalam Parlimen.
“Di atas prinsip memperjuangkan hukum Islam, maka Marang (telah) bentangkan (RUU 355) sebagai rang undang-undang persendirian (pada tahun 2016).
“(Ia) bukti kesungguhan (beliau). Kemudian, mati di situ,” sindir Saifuddin.
RUU355 dibentang buat kali pertama di Dewan Rakyat pada 26 Mei 2016 oleh Presiden PAS Abdul Hadi, sebagai RUU persendirian.
Bagaimanapun perbahasan mengenainya ditangguhkan dan versi yang disemak semula dibentangkan pada November 2016 dan April 2017.
Untuk rekod, Isu RUU355 pernah digunakan sebagai modal bagi menarik sokongan orang Melayu kepada parti itu.
Seorang pemimpin PAS bahagian Padang Serai dalam satu kuliah agamanya pernah 'mengeluar hukum' sekiranya orang Islam menolak pindaan itu ia boleh menyebabkan jatuh iman dan ditanam di jirat cina.
Sementara itu, Saifuddin yang juga anggota parlimen Kulim Bandar Baharu berkata oleh kerana jelas “kuasa politik di tangan kerajaan Melayu Islam,” PAS perlu menyatakan kenapa RUU 355 tidak boleh dilaksanakan walaupun lantang menuntutnya sebelum ini.
PAS dan PN tegasnya tidak boleh memberikan alasan tiada kuasa politik untuk menangguhkan pelaksanaan RUU355.

![]() |
PAS sudah tiada alasan lagi, kata Saifuddin |
“Hari ini sebuah kerajaan Melayu Islam terbentuk(abaikan walaupun jalan khianat). menteri agama (adalah) bekas mufti, menteri undang-undang pula dari parti Islam.
“Majoriti ahli kabinet Melayu Islam .. tolak We Ka Siong, Saravanan, Ronald Kiandee. Peguam negara bukan lagi Tommy Thomas tetapi Idris Harun iaitu seorang Muslim.
“Kuasa politik di tangan kerajaan Melayu Islam,” sindirnya lagi.

0 Comments