MUHYIDDIN YASSIN dicabar mengadakan sidang Parlimen selepas tempoh darurat tamat bagi melihat apakah perdana menteri itu masih mempunyai majoriti sokongan Ahli Parlimen atau sebaliknya.
Cabaran itu dibuat Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi ketika populariti dan jumlah sokongan kepada Muhyididin sebagai perdana menteri dipersoal.
“Apakah selepas Ogos, Agong akan beri perkenan supaya darurat disambung? Komen-komen negatif terhadap Muhyiddin dalam Facebook Istana Negara dedah Muhyiddin bukan perdana menteri popular.
“Parlimen mesti bersidang semula selepas Ogos. Beranikah Muhyiddin masuk Parlimen dengan sokongan 107 Ahli Parlimen sahaja. Ada berani?”kata Puad menerusi kenyataan di Facebook.
Tambah Puad, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu sedar beliau sudah hilang majoriti selepas dua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Nazri Aziz (Padang Rengas), Ahmad Jazlan Yaakub (Machang) menarik semula sokongan mereka.
“Dia (Muhyiddin) ada 109 sokongan sahaja apabila Jazlan dan Nazri tarik balik sokongan,”katanya lagi.
Malah tambah Puad, keabsahan Muhyiddin sebagai perdana menteri sekali lagi tercabar apabila 115 Ahli Parlimen dikatakan telah menghantar surat kepada Agong supaya sidang khas Parlimen diadakan ketika perlaksanaan darurat.
”Kalau 115 bermakna yang menyokong perdana menteri cuma tinggal 107. Cukup jelas Muhyiddin jadi perdana menteri dengan ehsan darurat,” katanya.
Kedudukan Muhyiddin sebagai perdana menteri dipersoal banyak pihak, ia susulan keasbahan Ahli Parlimen Pagoh itu mengenai jawatannya tidak pernah diuji melalui usul percaya dalam dewan.
Sesetengah pihak beranggapan, langkah Muhyiddin menasihati Yang Di-Pertuan Agong bagi mengumumkan perintah darurat bertujuan untuk mempertahan kedudukannya, ia dikuatkan lagi dengan tindakan Muhyiddin menggantung sidang Dewan Rakyat.
![]() |
Puad cabar Muhyiddin buktikan sokongan |
Mereka juga meluahkan rasa marah dan tidak puas hati terhadap kerajaan dikepalai Muhyiddin menerusi ruangan komen di akaun Facebook Istana Negara untuk mengadu kesukaran mereka sewaktu pandemik Covid-19.
0 Comments