PUTRAJAYA didesak segera menjadikan ujian saringan berskala besar Covid-19 sebagai senjata utama dalam perang melawan wabak tersebut.
Senator Liew Chin Tong melalui satu kenyataan berkata, sekatan Perintah Kawalan pergerakan (PKP) semasa mungkin dapat dielakkan jika kapasiti ujian saringan dipertingkat dan ujian besar-besaran terus dilakukan sepanjang peringkat awal sekatan itu dilaksana tahun lalu.
“Sekarang saatnya perdana menteri menggunakan ujian saringan sebagai mekanisme pertahanan No 1 dalam ‘perang’ kita melawan Covid-19,” katanya.
Mengulas lanjut berkenaan desakan itu, Chin Tong yang merupakan bekas Timbalan Menteri Pertahanan turut mempersoal keengganan kerajaan untuk meningkatkan penggunaan alat ujian pantas untuk mencapai sasaran 150,000 hingga 200,000 ujian sehari.
Walaupun kit ujian pantas kurang tepat berbanding kaedah ujian RT-PCR molekul, beliau berkata kit ujian pantas boleh digunakan di penjara, lokaliti dengan kluster dan kenalan rapat yang asimptomatik.
“Sementara ketua pengarah kesihatan berkata kementerian tidak menentang penggunaan kit ujian pantas, tidak ada tanda-tanda bahawa kerajaan sedang meningkatkan ujian pantas ke tahap yang diperlukan,” kata Pengarah Strategik DAP itu lagi.
Beliau turut mahu Muhyiddin Yassin untuk bersikap telus mengenai rancangan kerajaan untuk meningkatkan kemampuan ujian saringan negara.
Sementara itu, Chin Tong turut memngkritik apa yang dianggapnya kelemahan yang dilakukan menteri kanan (keselamatan) Ismail Sabri Yaakob dalam setiap sidang media yang diadakan.
Tegasnya, kerajaan perlu mengguna pakai “pendekatan seluruh jentera kerajaan” melalui Majlis Keselamatan Nasional dan bukannya pendekatan yang didominasi oleh kementerian kesihatan saat ini dalam menangani wabak tersebut.
“Entah bagaimana, (Ismail) hanya mengumumkan SOP dan berapa banyak orang yang ditangkap, tanpa menyuntik pemikiran strategik secara keseluruhan”. tambahnya.
Sebagai rekod, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam kenyataan baru-baru ini, kapasiti ujian di makmal kementerian kesihatan telah mencapai kapasiti maksimum.
Bagi membolehkan saringan berskala besar dijalankan, Noor Hisham menggesa makmal swasta, dan mereka yang berada di hospital universiti serta tentera membantu meningkatkan kapasiti ujian tersebut.

![]() |
K'jaan digesa guna pendekatan lebih menyeluruh |

0 Comments