Keputusan kementerian dikritik lagi, Menteri digesa tampil jawab


KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) sekali lagi dikritik susulan keputusan mengejut penamatan sesi persekolahan bersemuka untuk calon dua peperiksaan utama.

Bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik berkata, seperti ibu bapa dan calon-calon peperiksaan, dia sendiri turut tertanya-tanya sebab keputusan sedemikian dibuat.

Dipetik laporan media, Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata, Walaupun yakin KPM ada alasan sendiri, Mohd Radzi Md Jidin sebagai menteri terbabit  perlu tampil sendiri menjelaskan keputusan itu terutama dalam keadaan negara berdepan kgawatan pendidikan.
 
“Isu utamanya ialah penjelasan dari pihak menteri.

“Sehingga kini menteri hanya menyerahkan kepada para pegawai kementerian mewakili KPM untuk muncul di kaca televisyen untuk bersoal jawab dan berdialog berkaitan isu-isu pengoperasian [...],” katanya.
 
KPM dalam satu pekeliling bertarikh 4 Februari lalu memutusakan bahawa sesi persekolahan bersemuka bagi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) ditamatkan pada 9 Februari ini.

Ia menjadikan mereka hanya menghadiri persekolahan secara bersemuka selama hampir tiga minggu sahaja sebelum mendudukan peperiksaan pada 22 Febuari ini.

Untuk rekod,  KPM sebelum ini dikritik ramai susulan perubahan saat keputusan sesi persekolahan yang dijadualkan pada 20 Januari lalu.

Dalam tempoh hanya empat hari, KPM menagguhkan keputusan awal yang membenarkan pelajar menghadiri sesi persekolahan bersemuka yang dijadualkan.

Keputusan itu dikecam kerana dilihat menyukarkan banyak pihak terutama ibu bapa, guru dan pelajar sendiri terutama apabila persediaan persekolahan telah dibuat.

Sementara itu bekas timbalan menteri pendidikan, Teo Nie Ching  yang dipetik laporan Malaysiakini sekali lagi menegaskan pendiriannya bahawa KPM tidak harus menggunakan pendekatan sama untuk semua situasi.

Meskipun mengakui penutupan sekolah di zon merah hampir tidak dapat dielakkan,Ahli Parlimen Kulai itu mempertikaikan apakah keperluan untuk turut menutup sekolah di zon hijau.

“Bagi saya, pilihan mestilah diberikan. Untuk kawasan yang hampir mustahil diadakan pembelajaran dalam talian, bagilah pilihan untuk dibuat kelas fizikal.

“KPM harus berhenti berfikir yang merekalah yang paling tahu. Sebenarnya, PPD (pejabat pendidikan darah) lebih tahu tentang kaedah yang paling sesuai buat mereka,” katanya.

Di media sosial,  pengumuman serta perubahan dasar pada saat akhir berkaitan sesi persekolahan itu dibidas banyak pihak.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Pendidikan Parlimen Malaysia, Jalaluddin Alias  mengakui dia ada menerima banyak aduan daripada orang ramai yang menzahirkan rasa gelisah ekoran keputusan KPM itu.

 Menteri digesa berani tampil beri penjelasan


“Apakah motif utama pihak KPM membenarkan para calon tersebut ‘bercuti’ selama 14 hari sebelum berlangsungnya SPM/SPMV atas alasan bersedia kendiri?


“Apakah kaedah yang akan digunakan oleh guru dalam tempoh 14 hari sebelum peperiksaan ini untuk membantu pelajar?” soal ahli parlimen Jelebu dari Umno itu dalam kenyataan di Facebook.
 

Post a Comment

0 Comments