TERNYATA kerja kuat dan keikhlasan ditunjukkan seorang pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) bukan kerja sia-sia.
Selepas Hannah Yeoh menyuarakan rasa kecewa setelah tidak menerima peruntukan yang sepatutnya disalurkan oleh kerajaan Persekutuan kepada setiap ahli Parlimen, rakyat tampil dengan bantuan tidak tersangka bagi membantu Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen itu di Segambut mampu terus beroperasi.
Memetik laporan Sinar, dalam tempoh kurang tiga hari selepas rasa kecewa itu disuarakan, bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memperoleh kutipan sumbangan sebanyak RM192,155.15 yang datang dari rakyat.
Hannah Yeoh memaklumkan sumbangan itu diterima daripada 1,386 individu yang memberi maklum balas terhadap kenyataan dimuat naik di Facebook miliiknya pada Khamis.
“Dalam masa kurang tiga hari, seramai 1,386 penyumbang memberi respon terhadap kenyataan saya mengenai isu peruntukan.
“Saya berterima kasih apabila sumbangan datang daripada 1,386 rakyat. Ini bermakna kita tidak bergantung kepada satu individu, korporat atau sumber seperti kerajaan tetapi kita terhutang hanya kepada rakyat. Ini menjadikan kita efektif dan berani bersuara untuk rakyat,” katanya dipetik laporan itu.
Difahamkan, selepas kerajaan HARAPAN ditumbangkan melalui 'Langkah Sheraton' peruntukan sebanyak RM300,000 setahun untuk kos operasi pusat khidmat termasuk gaji kakitangan, sewa pejabat, pembayaran bil utiliti dan perbelanjaan lain tidak lagi disalurkan kerajaan persekutuan seperti sebelum ini.
Pusat Khidmat Rakyat dikendali Hannah antara yang terjejas. Beliau turut memberitahu beliau tidak menerima walau satu sen pun peruntukan pada tahun ini.
“Semua ini tidak lagi kami peroleh bermula Januari lalu. Saya tidak mampu untuk menyanyi atau menari atau membotakkan kepala untuk mengumpul dana tetapi saya bekerja keras untuk penduduk di Segambut dan saya komited untuk bersuara mewakili anda.
“Cabaran terbesar sekarang ialah untuk mengekalkan pasukan saya (Team Segambut) sepanjang tahun ini (RM300,000) supaya kami boleh terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya.
Khamis lalu, seramai 32 ahli Parlimen pembangkang mendesak Muhyiddin Yassin mencontohi kerajaan negeri PN di Johor dan Perak dalam memberikan peruntukan yang sama atau lebih besar kepada wakil rakyat pembangkang.
Susulan kritikan, media baru-baru ini memaklumkan kerajaan memutuskan untuk memperuntukkan RM100,000 kepada ahli Parlimen pembangkang.
Selepas Hannah Yeoh menyuarakan rasa kecewa setelah tidak menerima peruntukan yang sepatutnya disalurkan oleh kerajaan Persekutuan kepada setiap ahli Parlimen, rakyat tampil dengan bantuan tidak tersangka bagi membantu Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen itu di Segambut mampu terus beroperasi.
Memetik laporan Sinar, dalam tempoh kurang tiga hari selepas rasa kecewa itu disuarakan, bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memperoleh kutipan sumbangan sebanyak RM192,155.15 yang datang dari rakyat.
Hannah Yeoh memaklumkan sumbangan itu diterima daripada 1,386 individu yang memberi maklum balas terhadap kenyataan dimuat naik di Facebook miliiknya pada Khamis.
“Dalam masa kurang tiga hari, seramai 1,386 penyumbang memberi respon terhadap kenyataan saya mengenai isu peruntukan.
“Saya berterima kasih apabila sumbangan datang daripada 1,386 rakyat. Ini bermakna kita tidak bergantung kepada satu individu, korporat atau sumber seperti kerajaan tetapi kita terhutang hanya kepada rakyat. Ini menjadikan kita efektif dan berani bersuara untuk rakyat,” katanya dipetik laporan itu.
Difahamkan, selepas kerajaan HARAPAN ditumbangkan melalui 'Langkah Sheraton' peruntukan sebanyak RM300,000 setahun untuk kos operasi pusat khidmat termasuk gaji kakitangan, sewa pejabat, pembayaran bil utiliti dan perbelanjaan lain tidak lagi disalurkan kerajaan persekutuan seperti sebelum ini.
Pusat Khidmat Rakyat dikendali Hannah antara yang terjejas. Beliau turut memberitahu beliau tidak menerima walau satu sen pun peruntukan pada tahun ini.
“Semua ini tidak lagi kami peroleh bermula Januari lalu. Saya tidak mampu untuk menyanyi atau menari atau membotakkan kepala untuk mengumpul dana tetapi saya bekerja keras untuk penduduk di Segambut dan saya komited untuk bersuara mewakili anda.
“Cabaran terbesar sekarang ialah untuk mengekalkan pasukan saya (Team Segambut) sepanjang tahun ini (RM300,000) supaya kami boleh terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya.
![]() |
Kerja kuat dan keihlasan dihargai rakyat |