116 pekerja panasonic positif, S'gor akan saring kakitangan HTAR


SERAMAI 116 pekerja dua buah kilang Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd di Shah Alam disahkan positif Covid-19.

Dalam satu pengumuman di Bursa Malaysia semalam, jumlah itu dikesan susulan pelaksanaan ujian saringan yang dijalankan keatas semua 2,137 pekerja syarikat itu.

Pejabat Kesihatan Daerah Petaling telah menasihati Panasonic untuk menghentikan operasinya sementara waktu sehingga satu tarikh ditetapkan.

Susulan nasihat itu, Panasonic memutuskan untuk menutup fasilitinya bermula semalam hingga Rabu bagi membolehkan kerja pembasmian kuman dilakukan.

“Keselamatan dan kesejahteraan pekerja serta komuniti adalah keutamaan kami dalam mengawal keadaan. Kami telah dan akan terus mematuhi SOP COVID-19 secara ketat,” kata syarikat itu.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan pihaknya mengesan lapan lagi kluster baharu Covid-19 hari ini di tiga negeri iaitu Selangor, Pahang dan Pulau Pinang serta tiga Wilayah Persekutuan; Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dengan enam daripadanya melibatkan tempat kerja
.
Keputusan kerajaan tidak mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan sepenuhnya bagi membendung gelombang ketiga jangkitan itu yang dikesan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menyaksikan jumlah pesakit terus meningkat.

Sebagai rekod, Jumlah positif Covid-19 di Malaysia kini dilapor telah mengatasi China, dimana wabak itu didakwa mula tersebar penghujung tahun lalu.

Lebih membimbangkan, kira-kira 1,771 petugas kesihatan disahkan turut dijangkiti wabak serupa.

BACA:
1,771 petugas kesihatan telah dijangkiti Covid-19 
 
Antaranya, membabitkan seramai 62 kakitangan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan 37 kakitangandi Hospital Serdang.

Sementara itu, Kerajaan Selangor bakal menjalankan saringan terhadap semua petugas di HTAR dalam masa terdekat, susulan peningkatan kes positif Covid-19 di kemudahan kesihatan itu sejak kebelakangan ini.

 116 kakitangan Panasonic pula positif


Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata pihaknya dan Jabatan Kesihatan Negeri sedang meneliti mekanisme terbaik untuk tujuan itu, antaranya melaksanakan ujian saringan bersasar bagi mengurangkan risiko penularan pandemik tersebut di hospital berkenaan.


“Kita akan buat saringan bagi semua pekerja (di HTAR) kerana mereka berdepan risiko (penularan Covid-19) yang besar,” katanya pada satu program di Shah Alam.

Post a Comment

0 Comments