Peningkatan kes Covid-19: MP klang gesa tubuh pasukan bertindak


AHLI PARLIMEN
Klang Charles Santiago menggesa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) segera menubuhkan pasukan bertindak COVID-19 di daerah itu.

Ia susulan peningkatan mendadak kes positif sepanjang tempoh tempoh 14 hari lalu.

Kata pemmpin DAP itu, pasukan itu wajar ditubuhkan bagi menangani ketakutan dalam kalangan penduduk yang kini merebak di kalangan komuniti tempatan dan kakitangan hospital.

“Statistik ini sangat menakutkan. Rakyat mempunyai alasan munasabah untuk berasa panik.

“Jadi, mari kita ubah pendekatan dengan membawa semua peserta industri bersama dan bekerja sebagai satu pasukan untuk mencari penyelesaian terbaik,” katanya dalam kenyataan.

Sebagai rekod, penularan di kawasan Klang dikaitkan dengan Kluster teratai. 78% jangkitan di daerah itu dikaitkan dengan pekerja asing manakala baki 22% dalam kalangan rakyat tempatan.

Dalam tempoh 14 hari, Klang dan Kapar melaporkan 3,724 jangkitan dan 10 kematian dan kini merekodkan 4,318 kes aktif dengan jumlah kumulatif jangkitan 11,378 kes.

 Charles gesa tubuh segera pasukan bertindak
Sementara itu tambah Charles, pasukan bertindak yang ditubuhkan kelak perlu membabitkan pegawai Kementerian Kesihatan di peringkat negeri dan kebangsaan, NGO dan badan profesional, Majlis Perbandaran Klang (MPK) serta komuniti perniagaan.

“Pasukan ini perlu memantau, memberi kesedaran, memberi laporan harian yang tepat, mengadakan pasukan bergerak dalam kalangan komuniti dan kilang untuk menyampaikan maklumat berkenaan peningkatan Covid-19 di daerah itu,” katanya dipetik.


Post a Comment

0 Comments