SERAMAI 1,771 orang petugas kesihatan di negara ini telah disahkan dijangkiti Covid-19.
Jumlah itu didedahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui satu kenyataan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 1,359 atau 76.7 peratus kes-kes tersebut berlaku semasa gelombang ketiga pandemik Covid-19.
Jururawat adalah kumpulan utama petugas kesihatan yang dijangkiti. Ia diikuti pegawai perubatan atau doktor dengan sebanyak 211 kes. pembantu perawatan kesihatan (146 kes) dan pembantu pegawai perubatan (144 kes).
Turut tidak terkecuali adalah pegawai perubatan siswazah dengan sebanyak 84 kes.
“Pada 18 Disember, seramai 280 petugas sedang menerima rawatan di hospital dan berada dalam keadaan stabil dengan kadar sembuh sebanyak 84.2 peratus.
“Manakala seramai 1,697 petugas kesihatan di seluruh negara sedang menjalani Perintah Pemerhatian dan Pengawasan (Home Surveillance Order–HSO) sama ada di tempat kediaman atau di stesen kuarantin,” katanya Dr Noor Hisham.
![]() |
Kebanyakkan kes susulan gelombang ke3 |
Hospital lain adalah Hospital Sungai Buloh (15 kes), Hospital Kuala Lumpur (10 kes), Hospital Ampang (5 kes) dan Hospital Selayang (4 kes).
Sementara itu ketika mengulas mengenai jangkitan di kalangan petugas dan juga pesakit, Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa pihaknya sedang giat menjalankan saringan.
0 Comments