PARTI politik atau Ahli Parlimen yang menentang kerajaan Perikatan Nasional (PN) dipelawa menyertai blok Pakatan Harapan (HARAPAN) secara rasmi.
Naib Ketua Pemuda HARAPAN, Raymond Ahuar yang membuat pelawaan itu berkata, langkah tersebut bukan sahaja mampu menguatkan lagi gabungan itu untuk berdepan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-15) akan datang, malah ia dapat meyakinkan lagi rakyat kepada perjuangan dibawa HARAPAN.
“Dalam kita ingin menubuhkan sebuah ‘gabungan besar’, biarlah ia melalui satu pakatan dengan satu hala tuju dan dasar sama.
"Ibagi mengelak oportunis yang mempunyai agenda tersembunyi memecahbelahkan pakatan sedia ada serta menyukarkan gerak kerja pilihan raya.
“Mengambil iktibar kegagalan Warisan Plus pada PRU14 iaitu sebelum UPKO tinggalkan BN dan kegagalan pada PRN (Pilihan Raya Negeri) lalu, lebih baik kita membentuk satu pakatan atau memperkukuhkan HARAPAN membabitkan parti atau Ahli Parlimen yang ingin bersama HARAPAN secara rasmi," katanya.
Tambah Raymond lagi, perkataan 'plus' kepada gabungan sedia ada akan hanya memberi persepsi negatif kepada rakyat.
“Perkataan ‘Plus’ kepada PH dilihat tidak ada hala tuju jelas dalam satu kesatuan, yang akhirnya menemui kegagalan seperti berlaku di Sabah,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Raymond lagi, penyertaan parti Pejuang, Warisan, UPKO, MUDA, Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Ahli Parlimen bebas dalam HARAPAN sepatutnya dibuat dari dulu supaya rakyat lebih yakin dengan gabungan berkenaan.
“Jika kita berterusan dengan satu gabungan besar yang hanya besar pada jumlah Ahli Parlimen namun dilihat tidak ada kesepakatan, kita pasti ditolak rakyat.
“Jika pihak yang ingin bersama HARAPAN benar-benar ingin perjuangkan nasib rakyat dan mereformasikan sistem negara, saya pasti mereka ikhlas bersama dalam HARAPAN tanpa ingin melobi untuk menjadi ketua.
“Saya ingin merujuk kepada Dr Mahathir (Mohamad) yang sebelum ini bukan saja meninggalkan HARAPAN, malah menjadi punca utama tumbangnya kerajaan HARAPAN selepas cuba menubuhkan kerajaan tanpa PKR dan DAP serta membatalkan perjanjian peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim,” katanya.," tegasnya.
Difahamkan, timbul rasa tidak senang hati terhadap Pengerusi HARAPAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipersalahkan susulan kegagalan pembangkang menolak belanjawan 2021. Malah didakwa ada usaha menukar Ketua Pembangkang di Parlimen.
Presiden Amanah, Mohammad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bersama yang kontroversi.
Dikalangan warganet, kedua-dua mereka masih dilihat taat kepada Dr Mahathir yang bukan lagi bersama gabungan itu berbanding Anwar.
![]() |
Penentang PN digesa bersatu bawah HARAPAN |
“Ia perkara biasa bagi pembangkang kalah dalam undian di Parlimen kerana jika kita ada majoriti, kita bukanlah pembangkang,” kata Raymond lagi.
0 Comments