GRS digesa beri peruntukan sama adil untuk lawan Covid-19


KERAJAAN
Sabah digesa memberi layanan adil kepada semua wakil rakyat, termasuk pembangkang dalam isu pengagihan peruntukan bantuan Covid-19 di negeri itu.

Pengerusi KEADILAN Sabah, Christina Liew ketika ucapan perbahasan Belanjawan 2021 negeri di DUN Sabah berkata, perbezaan politik perlu diketepikan dalam usaha memerangai wabak tersebut.
 
Peruntukan sama adil itu jelasnya dapat meringankan beban rakyat di negeri tersebut yang teruk akibat perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) susulan gelombang ketiga pandemik berkenaan.

ADUN Api-Api itu turut mengambil contoh tindakan negeri Perakdan Johor yang mengagihkan peruntukan sama rata bagi tujuan serupa.
 
“Awal tahun ini, kerajaan Perak mengumumkan peruntukan bawah tabung bantuan COVID-19 berjumlah RM1.18 juta untuk diagihkan kepada semua 59 ADUN, termasuk pembangkang.

“Ia (peruntukan) juga diagihkan secara sama rata, iaitu masing-masing RM20,000 bagi membantu penduduk di kawasan yang memerlukan bantuan pada masa yang sangat mencabar ini.

“Saya juga berharap kerajaan negeri dapat mengikut jejak langkah kerajaan Johor bagi membuktikan bahawa kerajaan Sabah yang ada sekarang mengamalkan pentadbiran inklusif,” kata dalam ucapan di DUN itu.

Terdahulu, beliau turut meminta kerajaan supaya memperhebatkan langkah pencegahan bagi mengawal semula keadaan seperti sebelum gelombang ketiga Covid-19 melanda.

 K'jaan negeri digesa bersikap adil
“Ancaman berterusan ini memerlukan penggubalan rancangan dan strategi jangka panjang untuk mengekang penularan Covid-19 serta kehilangan nyawa, sementara menunggu kelulusan kerajaan mengenai penggunaan vaksin.

“Kita juga berharap kerajaan persekutuan akan menghantar stok vaksin yang mencukupi ke Sabah bagi memenuhi keperluan dan permintaan,” katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments