CADANGAN Kerajaan Negeri Kelantan untuk menaikkan kadar gaji wakil rakyat mereka sehingga RM5,000 sekali lagi dikritik.
Melalui satu kenyataan, Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri itu menegaskan bahawa kerajaan negeri sepatutnya mengutamakan masalah kos sara hidup, isu sampah-sarap dan perkhidmatan bekalan air bersih dihadapi rakyat di negeri itu berbanding gaji dinikmati wakil rakyat mereka.
Ketuanya Muhd Hafiz Muhd Kasasi melahirkan rasa terkilan dengan keputusan tersebut dan menyifatkan cadangan menaikkan gaji itu sebagai mencari kesempatan.
“AMK Kelantan ingin mengajak rakyat Kelantan khususnya menilai sendiri wakil rakyat yang mereka pilih dalam pilihan raya selama ini akan perangai dan tingkah laku mereka yang sentiasa mencari serta mengambil kesempatan dalam tempoh memegang jawatan sebagai wakil rakyat.
“Ini bagi memastikan pada pilihan raya yang akan datang anda semua dapat membuat pemilihan yang tepat demi kelangsungan rakyat Kelantan itu sendiri,” katanya dalam kenyataan itu.
Pada masa sama, Muhd Hafiz berkata kerajaan negeri wajar memberi penekanan membuka peluang pekerjaan yang lebih terjamin untuk rakyat di negeri itu.
“Seharusnya bantuan sara hidup juga diberi penekanan dengan kadar segera dalam rakyat mendepani pandemik Covid-19 sekarang. Itu menjadi lebih keutamaan jika nak dibandingkan cadangan kenaikan gaji wakil rakyat,” katanya.
Timbalan Menteri Besar, Mohd Amar Abdullah berkata anggota dewan undangan negeri (Adun) dan barisan exco kerajaan negeri Kelantan bakal menikmati kenaikan gaji pokok antara RM3,000 hingga RM5,000 seorang.
Mohd Amar memberikan alasan kenaikan itu wajar bagi merapatkan jurang perbezaan wakil rakyat di negeri itu berbanding negeri lain.
Melalui satu kenyataan, Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri itu menegaskan bahawa kerajaan negeri sepatutnya mengutamakan masalah kos sara hidup, isu sampah-sarap dan perkhidmatan bekalan air bersih dihadapi rakyat di negeri itu berbanding gaji dinikmati wakil rakyat mereka.
Ketuanya Muhd Hafiz Muhd Kasasi melahirkan rasa terkilan dengan keputusan tersebut dan menyifatkan cadangan menaikkan gaji itu sebagai mencari kesempatan.
“AMK Kelantan ingin mengajak rakyat Kelantan khususnya menilai sendiri wakil rakyat yang mereka pilih dalam pilihan raya selama ini akan perangai dan tingkah laku mereka yang sentiasa mencari serta mengambil kesempatan dalam tempoh memegang jawatan sebagai wakil rakyat.
“Ini bagi memastikan pada pilihan raya yang akan datang anda semua dapat membuat pemilihan yang tepat demi kelangsungan rakyat Kelantan itu sendiri,” katanya dalam kenyataan itu.
Pada masa sama, Muhd Hafiz berkata kerajaan negeri wajar memberi penekanan membuka peluang pekerjaan yang lebih terjamin untuk rakyat di negeri itu.
Hafiz gesa k'jaan negeri selesai masalah rakyat |
Timbalan Menteri Besar, Mohd Amar Abdullah berkata anggota dewan undangan negeri (Adun) dan barisan exco kerajaan negeri Kelantan bakal menikmati kenaikan gaji pokok antara RM3,000 hingga RM5,000 seorang.
Mohd Amar memberikan alasan kenaikan itu wajar bagi merapatkan jurang perbezaan wakil rakyat di negeri itu berbanding negeri lain.
Bagaimanapun, alasan itu dikritik banyak pihak dan disifatkan sebagai dangkal.
0 Comments