PERSATUAN Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia Cawangan Negeri Kelantan (PKPIM Kelantan) mengkritik cadangan Timbalan Menteri Besar Kelantan untuk menaikkan gaji para wakil rakyat di negeri itu.
Yang Dipertua PKPIM Kelantan, Muhammad Aqil Iqbal Mohd Zulkiffli melalui satu kenyataan menegaskan bahawa alasan diberikan Mohd Amar Abdullah bahawa kenaikan gaji wakil rakyat itu perlu bagi mengurangkan jurang perbezaan gaji dengan wakil rakyat negeri lain adalah tidak munasabah.
Tegasnya, wabak Covid-19 yang sedang meland menjejaskan kehidupan orang ramai termasuk pelajar yang memerlukan bantuan pendidikan oleh kerana keadaan keluarga yang tidak mampu untuk menampung kos pembelajaran.
“Pihak kerajaan negeri sepatutnya mengutamakan belanjawan bagi menyelesaikan permasalahan rakyat terutama bagi golongan B40 yang terjejas akibat pandemik Covid-19 serta memberi insentif tambahan kepada para petugas barisan hadapan yang sentiasa berdedikasi untuk menjaga rakyat,” kata Muhammad Aqil.
Bantu rakyat lebih utama tegas PKIPM |
Cadangan itu sebelum ini dikritik Presiden parti Putra, Ibrahim Ali yang mengingatkan keadaan belanjawan negeri berada dibawah defisit sebanyak RM66 juta selain banyak isu rakyat dinegeri itu masih tidak diselesaikan sehingga kini.
"Bekalan air sentiasa putus dan kotor manakala pekerjaan untuk rakyat habuk tak ada," kata Ibrahim dalam satu kenyataan.
BACA: Ibrahim Ali kritik cadangan naik gaji ADUN Kelantan
Sementara itu, PKIPM Kelantan menggesa kerajaan negeri menyelesaikan masalah rakyat di negeri itu termasuk mewujudkan peluang pekerjaan dan menangani masalah pengangguran yang kian meningkat.
“PKPIM Kelantan juga ingin menggesa agar Belanjawan Negeri Kelantan 2021 wajib diberikan keutamaan dan perhatian kepada bantuan pendidikan di semua peringkat serta peluang pekerjaan bagi rakyat Kelantan khususnya.
Mereka turut mendesak agar kerajaan negeri mengutamakan bantuan pendidikan pada semua peringkat dalam perancangan belanjawan tahun depan.
"Pemimpin seharusnya menjadi teladan yang baik kepada rakyat terutama semasa menjalankan amanah membangunkan rakyat.
"Semoga Negeri Kelantan terus diberkati dan dirahmati serta dijauhkan dari pemimpin yang tidak bertanggungjawab," katanya lagi.
0 Comments