Belanjawan 2021 penuh kelemahan - Anwar


DATUK Seri Anwar Ibrahim menyelar kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana gagal membentangkan belanjawan yang mampu membela golongan miskin dan memulihkan semula ekonomi negara.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu menegaskan, cadangan pemberian bantuan tunai kepada golongan memerlukan adalah baik tetapi bukanlah jawapan untuk pemulihan ekonomi atau meringankan beban sebenar dihadapi rakyat.  

“Bayaran sekali RM500 bukan jawapan… kami juga telah menuntut moratorium pembayaran balik pinjaman bank keseluruhan tetapi menteri kewangan lebih mengutamakan kepentingan bank dan bukannya peminjam mahu pun ekonomi negara.

“Saya ingat menteri kewangan ini lebih memihak kepada kepentingan bank, bukan kepentingan peminjam dan ekonomi,” kata Ahli Parlimen Port Dickson itu.

Sementara itu tegasnya, belanjawan itu yang dibentangkan Menteri Kewangan, Senator Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak memberi gambaran tentang bagaimana untuk memacu pertumbuhan ekonomi.

Ia juga tegasnya satu Belanjawan yang ketandusan strategi untuk membela mereka yang kehilangan pekerjaan serta dianggap gagal menangani masalah pengangguran yang ketara.

"Kelemahan paling ketara ialah tidak ada satu lonjakan, bagaimana kita boleh pulihkan ekonomi. Itu kelemahan besar bagi saya.

"Belanjawan ini tak beri gambaran bagaimana kita boleh merangsang dan memacu pertumbuhan ekonomi agar hidup dan segar.

“Keduanya soal pinjaman KWSP, walaupun ada hujah (untuk) mempertahankan kepentingan masa depan (pencarum), tetapi bila orang itu dalam keadaan sesak pada masa sekarang, maka sejumlah pinjaman itu harus diperluaskan, tidak hanya kepada satu kategori kecil,” katanya," kata bekas Menteri Kewangan terbaik Asia itu.

Unjuran membimbangkan

Terdahulu,  Tengku Zafrul Abdul Aziz membentangkan Belanjawan 2021 yang berjumlah RM322.54 bilion . Ia merupakan belanjawan paling besar pernah diumumkan kerajaan

Mengulas lanjut, Anwar berkata ada keperluan untuk membahaskan beberapa unjuran yang menurutnya "membimbangkan", antaranya unjuran cukai korporat yang hanya berkurang sebanyak RM4 bilion.

BACA:
Belanjawan PN kurang realistik, kata ahli ekonomi

Berdasarkan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2021 oleh Kementerian Kewangan, unjuran cukai korporat bagi 2021 adalah RM59.4 bilion berbanding RM63.7 bilion pada 2019.

“Itu sukar diterima kerana perniagaan banyak yang hampir bankrap atau kerugian atau (hanya mendapat) keuntungan kecil, melainkan (syarikat seperti) Top Glove, ada satu dua (seumpanya).

"Dalam mengira unjuran, ini membimbangkan. Perlu ada sikap yang lebih telus, yang menyatakan fakta kerana ia akan mempengaruhi dasar kita," katanya lagi.

Ada keperluan belanjawan dibahasakan
Anwar juga menuntut penjelasan kenapa Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Komunikasi dan Multimedia diperuntukan RM80 juta manakala golongan miskin dan orang kurang upaya diberikan jumlah jauh lebih kecil.

Post a Comment

0 Comments