NGO gesa siasat isu tanah ditukar ke syarikat MIC


MENTERI BESAR Perak, Ahmad Faizal Azumu digesa menyiasat dakwaan bahawa tapak tanah yang sebelum ini diperuntukkan untuk pembinaan surau dan fasiliti lain dipindah milik kepada syarikat perladangan berkaitan MIC.

Gesaan itu disuarakan Pertubuhan Peneraju Insan yang mewakili penduduk Taman Tun Sambanthan di Sungai Siput susulan pendedahan dibuat seorang bekas pemimpin MIC baru-baru ini.

https://t.me/kartelmedia
"Kami mewakili lebih 1,000 penduduk Taman Tun Sambanthan meminta Menteri Besar Perak mengadakan satu siasatan dalaman untuk mengenal pasti bagaimana tanah ini telah dipindah milik hak kepada syarikat swasta.

"Tanah-tanah ini telah dipindah milik hak pada tahun 12 Ogos 2004 semasa kerajaan BN.

"Kami harap beliau mengadakan siasatan ini dalam masa 30 hari dan menjelaskan kepada umum hasil siasatan. Sekiranya, gagal maka kami akan mengambil tindakan selanjutnya," katanya setiausaha pertubuhan itu Indrani Selvakumar dalam sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Indrani, kerajaan negeri mempunyai kuasa mutlak dalam urusan tanah.

Sebelum ini, bekas Ketua Bahagian MIC,  M Lokanathan mendakwa beliau menyedari tapak yang sebelum ini digazet kepada penduduk ketika kawasan perumahan itu dibangunkan pada tahun 1978 telah dipecah dan dipindah milik kepada sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh MIC pada lewat tahun 60an.

BACA:
Lokanathan dakwa tapak surau, dipindah ke syarikat berkaitan MIC 

Antara tapak yang dipindah milik adalah tempat ibadat bukan Islam (PT12184), rizab latihan belia (PT12193), balai raya (PT12195), pasar (PT12196), LLN (PT12197) dan surau (PT12200) dalam pelan kawasan Sungai Siput.

Beliau menyedari perkara itu ketika melakukan urusan di Pejabat Tanah Mukim Kuala Kangsar. Susulan itu Lakanathan membuat laporan polis.

Sementara itu, Indrani berkata penduduk Taman Tun Sambanthan mahu tanah itu serahkan balik dan dibina dengan kemudahan yang dijanjikan.

Beliau turut mendesak parti politik supaya tidak campur tangan.

Post a Comment

0 Comments