PENGUNDI terutama di Tambun digesa memastikan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai perdana menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) Sabtu ini.
Tokoh politik veteren tanah air, Lim Kit Siang berkata dengan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10 sahaja, dapat menghentikan Malaysia daripada menjadi sebuah kleptokrasi.
"Siapakah dari kalangan calon-calon Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 yang dapat menghentikan Malaysia dari menjadi sebuah kleptokrasi?
"Sudah tentunya bukan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, yang mahu PRU-15 diadakan untuk menjamin para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) selamat dari didakwa di mahkamah dan dipenjarakan.
"Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Tan Sri Abdul Hadi Awang juga tidak kelihatan seperti cukup berprinsip untuk menghentikan kleptokrasi ini.
"Hanya Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10 sahaja yang dapat menghentikan Malaysia dari menjadi sebuah kleptokrasi," katanya
Menurut Kit Siang, PRU kali ini menjadi antara pilihan raya terpenting dalam enam dekad sejarah negara.
Malaysia jelasnya mampu untuk menjadi satu daripada negara majmuk terbaik dunia, tetapi salah tadbir urus selama ini telah menyebabkan ia ditinggalkan di belakang Taiwan, Singapura, Korea Selatan, Hong Kong, dan Vietnam.
Lebih membimbangkan tegasnya, Malaysia jika gagal diselamatkan dibimbangi menerima nasib sama Sri Lanka atau Zimbabwe dalam empat dekad yang akan datang.
"Salah urus di Malaysia akan memerlukan lebih daripada satu kitaran pilihan raya dan berdekad-dekad lamanya untuk diperbetulkan, tetapi kita perlu mulakan usaha untuk menetapkan semula dasar dan prinsip pembinaan negara secepat mungkin.
"(Selain itu, bagi) menghentikan 'pendarahan' negara yang telah menyebabkan Malaysia menjadi sebuah negara yang 'biasa-biasa sahaja' dan menyebabkan wujudnya Diaspora Malaysia dengan lebih dari sejuta rakyat Malaysia tersebar ke seluruh dunia,” katanya lagi.
Tokoh politik veteren tanah air, Lim Kit Siang berkata dengan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10 sahaja, dapat menghentikan Malaysia daripada menjadi sebuah kleptokrasi.
"Siapakah dari kalangan calon-calon Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 yang dapat menghentikan Malaysia dari menjadi sebuah kleptokrasi?
"Sudah tentunya bukan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, yang mahu PRU-15 diadakan untuk menjamin para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) selamat dari didakwa di mahkamah dan dipenjarakan.
"Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Tan Sri Abdul Hadi Awang juga tidak kelihatan seperti cukup berprinsip untuk menghentikan kleptokrasi ini.
"Hanya Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10 sahaja yang dapat menghentikan Malaysia dari menjadi sebuah kleptokrasi," katanya
Menurut Kit Siang, PRU kali ini menjadi antara pilihan raya terpenting dalam enam dekad sejarah negara.
Malaysia jelasnya mampu untuk menjadi satu daripada negara majmuk terbaik dunia, tetapi salah tadbir urus selama ini telah menyebabkan ia ditinggalkan di belakang Taiwan, Singapura, Korea Selatan, Hong Kong, dan Vietnam.
Lebih membimbangkan tegasnya, Malaysia jika gagal diselamatkan dibimbangi menerima nasib sama Sri Lanka atau Zimbabwe dalam empat dekad yang akan datang.
Malaysia sedang tenat, perlu diselamatkan |

0 Comments