TIMBALAN Presiden Perikatan Nasional (PN), Abdul Hadi Awang dinamakan sebagai penyebar utama 'retorik mengapi-apikan' ketika kempen PRU15.
Malaysiakini dalam laporannya semalam memetik penemuan awal pemantauan media sosial oleh Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), bahawa Presiden PAS itu ditanggapi sebagai "antara individu utama yang menyebar luas naratif bersifat kebencian, tidak boleh bertolak ansur, rasis dan memecah-belahkan."
"Hadi Awang dan PAS turut menggunakan taktik ‘red tagging’ sejak beberapa minggu lalu, dengan tuduhan yang berterusan terhadap DAP sebagai komunis serta dituduh juga sebagai atheis dan pendukung amalan LGBTIQ," kata CIJ dipetik portal berita itu.
Malaysiakini walau bagaimanapun tidak mensisipkan pautan kepada laporan itu.
Difahamkan, Inisiatif dibuat CIJ itu bagi memantau "tahap keparahan ucapan kebencian" semasa pilihan raya umum ke-15 (PRU15). Ia disokong oleh Universiti Nottingham Malaysia (UNM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Penyelidikan itu bermula pada 20 Okt apabila tarikh pilihan raya diumumkan dan sehingga selasa lalu yang membabitkan 52,012 siaran media sosial.
"Naratif berasaskan kaum merangkul carta teratas dengan 32,066 paparan. Ini diikuti dengan agama pada 13,338," kata CIJ.
Selain Abdul Hadi, Ketua Pemuda PAS Sik Shahiful Nasir, penyanyi Jamal Abdillah dan pelakon Zul Huzaimy turut sama "menyemai perasaan takut di kalangan pengundi Islam."
Shahiful dalam ceramahnya baru-baru ini memberi amaran 'masuk neraka' sekiranya mengundi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (HARAPAN). Dia menarik balik kenyataan itu selepas dikritik warganet.
Pelakon Zul Huzaimy pula sedang disiasat pihak berkuasa polis susulan dakwaan kenyataan kontroversi berbaur perkauman pada satu program di Kemaman yang dikaitkan dengan PAS.
Sementara itu CIJ turut menamakan pemimpin Pakatan Harapan Nga Kor Ming dalam laporan mereka.
Ia susulan dakwaan undi kepada Perikatan Nasional (PN) 'sama seperti memilih Taliban' untuk memerintah negara.
"Sungguhpun tidaklah pada tahap yang sama, Pakatan Harapan juga turut memainkan sentimen perkauman," kata laporan itu.
Abdul Hadi didakwa guna taktik ‘red tagging’ |
Wakil tetap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Taliban, Mohammed Suhail Shaheen dipetik laporan media berkata Abdul Hadi berjanji Malaysia akan melakukan apa yang mampu untuk membantu rakyat negara ini.
Kenyataan Abdul Hadi itu kemudian dikritik kerana melangkaui kabinet. Kerajaan Malaysia ketika itu belum secara rasmi megiktiraf kerajaan Taliban.
0 Comments