SEORANG nelayan di kepulauan terpencil selatan Filipina dibaham seekor buaya air masin pada Selasa lalu.
Agensi berita antarabangsa, AFP dalam laporannya yang memetik pihak berkuasa berkata, buaya bersaiz besar sepanjang 4.9 meter itu menerkam mangsa berusia 20 tahun daripada bot dinaikinya.
Ketika kejadian, mangsa yang tidak dinamakan itu dipercayai belayar seorang diri pulang ke pulau Balabac, selepas sehari menangkap ikan.
![]() |
Habitat terganggu didakwa antara punca |
Tambahnya, penduduk kemudian mengguna dinamit untuk membunuh haiwan terbabit.
“Kita perlu mengatasi punca insiden ini disebabkan pemusnahan habitat. Buaya tiada tempat bersembunyi dan makanan tidak cukup di habitat mereka.
“Ia adalah persaingan untuk ruang kerana manusia tidak mahu beralah,” katanya sambil menambah populasi buaya tempatan mungkin juga sudah meningkat.
Memetik laporan itu, gugusan kepulauan Palawan terkenal dengan kepelbagaian flora dan fauna, namun pihak berkuasa semakin bimbang dengan pembangunan berluasa di kawasan itu yang antara punca menyebabkan berlakunya tindakan ganas dari haiwan liar di kawasan tersebut.
0 Comments