USAHA Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) meringankan beban golongan pekerja di negara ini diperkukuhkan lagi dengan penetapan gaji minima baharu.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada pembentangan Belanjawan 2020 semalam mengumumkan kenaikan gaji minimum daripada RM1,100 kepada RM1,200 terutama di bandar utama.
“Pada bulan Januari 2019, kerajaan telah meningkatkan gaji minimum kepada RM1,100 sebulan.
“Justeru, bagi mengimbangi keperluan pekerja dan majikan dengan mengambil kira kenaikan kos sara hidup di bandar-bandar utama, kerajaan mencadangkan supaya gaji minimum ditingkatkan pada kadar RM1,200 sebulan hanya di wilayah bandar-bandar utama berkuat kuasa pada tahun 2020,” kata beliau di Dewan Rakyat.
Berbanding HARAPAN, kerajaan Barisan Nasional pada era pentadbirannya hanya menetapkan gaji minima sebanyak RM1000 untuk Semenanjung dan RM920 untuk Sabah dan Sarawak.
Kadar itu adalah jauh daripada apa yang boleh dianggap sebagai gaji boleh hidup di Malaysia, di mana kos sara hidup adalah jauh lebih tinggi.
0 Comments