Lelaki disyaki cuba bunuh diri lepas membunuh


SEORANG
lelaki dipercayai cuba membunuh diri selepas membunuh teman wanitanya.

Sebelumnya seorang wanita ditemui mati, dipercayai ditikam lelaki berkenaan di sebuah rumah di Kampung Padang Balang Sentul semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, polis menerima laporan kejadian itu daripada seorang wanita pada jam 5.52 petang.

Polis yang ke lokasi berkenaan menjumpai seorang lelaki seorang lelaki berusia 43 tahun yang juga teman lelaki mangsa berada di tempat kejadian muntah darah dan sesak nafas akibat cuba meminum cecair pencuci lantai.

Ditempat kejadian, polis menjumpai mayat wanita berusia 24 tahun terbaring di atas katil dengan kesan tikaman di perut.

"Suspek dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan dan dilaporkan masih tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu tambah Rajab, mayat wanita yang ditemui dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat.

Sehubungan itu, pihak polis menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Stephen Ganeson di talian 016-3767390 dan Asisten Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly di talian 017-2446363.

Kes itu jelasnya disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis masih menyiasat motif kejadian.

Post a Comment

0 Comments