Najib buat kejutan, sumpah laknat dalam mahkamah


NAJIB RAZAK  sekali lagi bersumpah bagi menafikan tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Kali ini sumpah itu dibuat dalam kamar mahkamah ketika memberi keterangan berhubung tuduhan penyelewengan dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikenakan terhadapnya.

Najib yang dipetik laporan Malaysiakini ketika bersumpah mendakwa beliau tidak tahu mengenai RM42 juta yang disalurkan ke akaunnya.

"Sebagai seorang Islam, wallahi, wabillahi, watallahi, saya tidak pernah meminta suapan dan saya tidak tahu bahawa RM42 juta disalurkan ke akaun saya pada masa itu," katanya semasa pemeriksaan semula oleh peguam Muhammad Shafee Abdullah.

Ahli parlimen Pekan itu berkata, sebarang cubaan untuk melakukan kesalahan tersebut adalah tidak masuk akal dan sesuatu yang bodoh dan ia tidak pernah berlaku.
 
Najib semalam dilapor telah melafazkan sumpah sama semasa pemeriksaan balas peguam bela Farhan Read.

BACA:
Kes 1MDB: Najib didakwa u-turn lagi

BACA: Isteri Najib dilapor masuk hospital

Farhan meminta Najib memperjelaskan penafiannya bahawa beliau mengarahkan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) SRC International CEO Nik Faisal Ariff Kamil untuk memindahkan RM42 juta ke dalam akaunnya.

Najib berdepan tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram.

Sebelum ini, Najib juga  pernah melafazkan sumpah sama bagi menafikan dakwaan pembabitannya dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad sebelum ini yang merujuk sumpah dibuat Najib dalam isu Altantuya berkata istilah sumpah laknat tidak ada dalam perundangan Islam kecuali membabitkan perkara mengenai "li'an".

Dalam Islam, ucapan li'an dilakukan oleh suami yang nampak isterinya berzina dengan lelaki lain, tetapi tidak dapat mendatangkan seramai empat orang saksi.

Post a Comment

0 Comments