INDONESIA terus merekodkan jumlah kematian akibat wabak koronavirus (Covid-19) yang membimbangkan.
Setakat tempoh 24 jam sehingga tengahari semalam sahaja, sebanyak 82 kematian telah direkodkan di negara itu dan menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini 3,171 orang.
Manakala kes positif wabak itu juga meningkat kepada 63,749 kes iaitu pertambahan 1,607 kes baharu dalam tempoh serupa.
Berdasarkand ata Republik itu kini direkodkan sebagai negara paling terjejas teruk di Asia tenggara.
Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,020 kes, diikuti Jakarta (649 kes), Kalimantan Selatan (200), Jawa Tengah (200), Sulawesi Selatan (199) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.
Kes kematian terbaharu itu melibatkan masing-masing 24 kes di Jawa Timur dan Sulawesi Selatan, 15 di Jawa Tengah dan selebih di wilayah-wilayah lain di republik ini.
Sementara itu, Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto memaklumkan sebanyak 13,767 pesakit masih dalam pemantauan pihak kesihatan.
0 Comments