PM pula ulas perbincangan dalam pertemuan dengan Anwar


PRESIDEN KEADILAN
, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu isu peralihan kuasa yang dibangkitkan pihak tertentu terus diperbesarkan.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas mengenai pertemuannya dengan Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson semalam.

"Beliau (Anwar) mengatakan beliau faham dengan masalah yang sedang dihadapi ketika ini (berhubung desakan agar peralihan kuasa disegerakan).

"Beliau (juga) tidak mahu wujud terlalu banyak tekanan apabila ramai orang membuat bermacam-macam cadangan seperti tarikh peralihan (kuasa)," katanya kepada pemberita.

Dr Mahathir sebelumnya merasmikan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.

Terdahulu  Anwar melalui hantaran di Facebook beliau mendedahkan mengadakan pertemuan selama 30 minit bersama Mahathir dimana mereka mereka mencapai kata sepakat dalam beberapa isu semasa.

Ia antaranya berhubung isu peralihan kuasa dimana mereka berdua sama sekali tidak pernah berubah seperti yang dipersetujui oleh Pakatan Harapan HARAPAN.

Mereka turut mengambil maklum tindakan pihak tertentu yang menyimpang dari persetujuan tersebut dengan muslihat tertentu dan serta kebimbangan dilakukan kalangan anggota jemaah menteri yang menyalahgunakan kuasa atau meraih dukungan politik menerusi pemberian projek.

Post a Comment

0 Comments