ORANG ramai boleh mengunjungi Setia Ecohill, Semenyih bagi merasai pengalaman percutian menarik bersama keluarga.
Ia susulan pelancaran Taman Tema Air Angry Birds Splash Water World selama dua bulan bermula hari ini.
Memetik laporan Bernama, Ketua Pegawai Eksekutif One Universal Production Sdn Bhd yang juga penganjur, Alvin Lee berkata hanya 2,000 tiket sahaja yang diperuntukkan kepada orang ramai setiap hari.
"Ini bagi memastikan operasi berjalan lancar dan pengalaman yang berkualiti kepada pengunjung," jelasnya.
Difahamkan, antara tarikan utama di taman tema air seluas satu hektar itu adalah permainan gelongsor air Angry Birds dan halangan yang memaparkan karakter Red, Chuck, Bomb, Mighty Eagle, Terence.
Gelonsor itu mencapai ketinggian sehingga 12 meter dan mampu memberi keseronokan berganda kepada pengunjungnya/
Sebagai rekod, Angry Birds bermula dengan permainan video yang dibangunkan oleh Rovio Entertainment Corp dan kemudiannya berkembang ke pelbagai skop hiburan dan barangan pengguna.
Tambah Alvin, pengunjung yang berminat berkunjung ke taman tema itu boleh mendapatkan maklumat lanjut, butiran tiket dan pembelian dengan melawati laman web Ticket2U (ticket2u.com.my).
0 Comments