Sultan Selangor perkenan pembangunan Kampung Bharu


SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dilapor telah memberi perkenan agar Kampung Bharu di Kuala Lumpur dibangunkan semula.

Difahamkan, ia supaya pembangunan di kawasan itu dapat dibuat supaya relevan dengan kepesatan Kuala Lumpur.

Perkara itu dijelaskan dalam satu pertemuan Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad yang mengadap Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam semalam.

Terdahulu Beberapa keping foto telah dimuat naik di laman facebook Selangor Royal Office yang menyatakan pertemuan Khalid itu turut diiringi  Pengerusi Perbadanan Kampung Bharu (PKB). Tan Sri Ambrin Buang.

Sultan Sharafuddin  melihat rangka projek dirancang
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Husham A. Dahlan turut dilihat hadir dalam pertemuan yang bertujuan menyembahkan pelan pembangunan semula Kampong Bharu dan isu-isu semasa yang berkaitan dengannya.

Memetik laporan Malaysiadateline, Sultan Sharafuddin turut menekankan peri pentingnya susur galur sejarah Kampong Bharu dipelihara, termasuk memulihara struktur bangunan ikonik dan mengekalkan nilai-nilai asal kawasan berkenaan.

Sebagai rekod kawasan Kampung Baru yang terletak di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur akan diletakkan di bawah PKB.

Kawasan itu akan dibangunkan oleh syarikat pemaju Rah Properties Corporation Sdn Bhd dengan nilai pembangunan kasar RM182 juta.

Post a Comment

0 Comments