PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan rasa kagum dengan kesepakatan dan perpaduan ditunjukkan suku kaum di Sabah.
Kekaguman itu disuarakan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu melaluyi satu kenyataan setelah berakhirnya siri jelajah bagi membantu kempen calon KEADILAN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) minggu lalu.
"Kelmarin saya round-round di Sook, Klias, Matunggong, Tempasuk, Tamparuli, Api-Api dan Inanam untuk berkempen bersama calon-calon kita.
"Saya begitu tersentuh dengan perpaduan antara kaum dan suku kaum yang sangat bersatu hati di sana, serta kesatuan mereka dalam membawa agenda/misi perubahan
"Jutaan penghargaan buat rakyat Sabah terutamanya kepada mereka yang turut memberikan sokongan padu dan dukungan hebat sepanjang siri jelajah saya," katanya.
Sehubungan itu, Anwar mengajak rakyat di Semenanjung untuk meneladani sikap toleransi ditunjukkan rakyat Sabah.
"Dari sibukkan diri dengan mencari titik perbezaan dan perbalahan, adalah lebih baik kita sama sama cari titik persamaan dan pastikan Malaysia ini kekal toleransi dan terus menerus menjaga kerukunan," tambah Anwar.
Sementara itu, Anwar menzahirkan rasa kecewa melihat rakyat di negeri itu masih hidup dalam kemiskinan biarkan Sabah merupakan negeri yang kaya hasil bumi.
Tegasnya, apa yang berlaku sama sekali tidak munasabah dan tidak boleh diterima.
"Bersempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia yang lalu, saya sebut dalam perutusan saya bahawa rakyat Sabah dan Sarawak harus dilihat, malah diiktiraf sama rata dalam pelbagai aspek, terutama aspek pembangunan.
![]() |
Anwar ketika siri jelajah Sabah |
Ayuh, bersama kita angkat agenda reformasi, dan ini bermakna menolak politik sogok dan perkauman di Malaysia, terutamanya di Sabah," tegasnya.
0 Comments