SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua anggota pasukan keselamatan di Lahad Datu semalam.
Memetik laporan media tempatan, kedua-dua individu itu ditahan kerana dipercayai menerima sejumlah wang disyaki untuk ‘membeli’ undi bagi salah seorang calon parti politik.
Menurut sumber, kedua-dua suspek itu didakwa menjadi ‘orang tengah’
“Wang itu dipercayai akan diberikan kepada anggota agar mengundi parti berkenaan hari ini,” kata sumber itu dipetik laporan portal tempatan.
Dipercayai wang tersebut bakal diagihkan kepada pengundi awal hari ini susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Sabtu ini.
Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu namun enggan mengulas lanjut.
Kes berkenaan dirujuk oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada SPRM setelah aduan diterima berhubung perkara tersebut.
0 Comments