Jangan tambah beban rakyat dengan kenaikan harga tiket feri


KEPUTUSAN menaikkan harga tiket feri Langkawi dibimbangi hanya akan  menyebabkan rakyat yang terbeban masalah ekonomi akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadi semakin terhimpit.

Pengerusi AMANAH Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, pengguna khususnya rakya Langkawi tidak sewajarnya dibebani dengan kenaikan tambang itu.

Phahrolrazi bimbang, tindakan menaikkan tambang pengangkutan ke pulau itu turut akan menyebabkan berlakunya kenaikkan harga barang.

“Langkawi banyak mengimpot buah-buahan, sayuran serta bahan binaanan dari luar

“Kos penghantaran barangan juga di jangka turut naik menyebabkan harga barang dari Langkawi atau masuk ke Langkawi naik menyebabkan kos hidup rakyat terbeban,” katanya dipetik laporan Malaysia dateline.

Phahrolrazi berkata demikian sebagai mengulas kenyataan EXCO Pengangkutan negeri, Azman Nasrudin sebelum ini yang berkata, kerajaan negeri pimpinan Perikatan Nasional (PN) itu telah berbincang dengan Kementerian Pengangkutan mengenai cadangan kenaikkan harga tiket.

Menurut Azman, pihaknya amat berharap kabinet bersetuju dengan usaha kerajaan negeri itu.

Pada masa ini, harga tiket sehala Kuala Kedah ke Langkawi ialah RM23 manakala Kuala Perlis-Langkawi ialah RM18.

Rancangan kerajaan negeri mahu harga tiket dinaikkan sebelum ini dikritik warganet, sesetengah mereka bimbang tindakan itu hanya membebankan penduduk setempat.

Sementara itu, Phahrolrazi berkata, rangsangan ekonomi yang diumumkan pentadbiran Muhyiddin tidak dapat membantu perusahaan kecil dan sederhana (IKS) yang terjejas teruk untuk dipulihkan semula terutama sektor pelancongan dan yang berkaitan dengannya.

Berbanding memikirkan nasib rakyat, kerajaan katanya hanya melayani permintaan tauke-tauke besar.

“Akhirnya kerajaan secara tidak prihatin dengan kesulitan rakyat melayani tauke-tauke feri yang sepatutnya mengorban sedikit keuntungan mereka,” ujarnya.
 

Post a Comment

0 Comments