Lima maut nahas Proton Saga dengan Treler


LIMA
termasuk seorang bayi maut, manakala seorang lagi parah dalam nahas di  Sungai Siput malam tadi.

Kemalangan itu membabitkan sebuah kereta jenis Proton Saga dengan sebuah lori treler berlaku berdekatan Kampung Salak Stesen.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.26 malam, sepasukan nggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput telah dikerahkan ke lokasi.

Jelasnya, ketika sampai ke tempat kejadian, Bomba mendapati enam mangsa tersepit dalam Proton Saga terbabit.

“Nahas menyebabkan dua wanita, seorang lelaki, seorang kanak-kanak perempuan, dan seorang bayi maut di lokasi kejadian, manakala seorang kanak-kanak lelaki parah,” katanya dalam satu kenyataan.

Identiti kesemua mangsa tambahnya belum diketahui setakat ini. Perkongsian di laman facebook turut mendapati treler tebabit terbalik dan melintang atas jalan.

“Dua daripada kesemua mangsa sudah dihantar ke Hospital Sungai Siput, manakala dua lagi sedang dalam proses untuk dikeluarkan dari kereta berkenaan,” katanya dipetik setakat tengah malam tadi.
 

Post a Comment

0 Comments