Kemudahan kesihatan rosak akibat banjir akan dibaik pulih


ENAM kemudahan kesihatan yang terjejas akibat banjir di Johor akan dibaik pulih dalam tempoh enam bulan.

Jaminan itu diberikan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa selepas mengadakan lawatan di Klinik Desa (KD) Kampung Tengah di Segamat pada Ahad.

"Jumlah kerosakan kita anggarkan RM1.8 juta dan kos baikpulih fasiliti dianggarkan RM750,000 untuk semua fasiliti yang terlibat.

"Jumlah (peruntukan untuk) baik pulih ini telah diluluskan," katanya ketika ditemui pemberita.
 
Eenam fasiliti itu terdiri daripada Klinik Kesihatan Chaah, dan lima Klinik Desa (KD) di Kampung Tengah, Kampung Jawa, Kampung Jabi, Tenang Station dan Desa Temu Jodoh, kesemuanya dalam daerah Segamat.

Sementara itu beliau turut memberitahu, pihaknya akan memindahkan KD Kampung Tengah ke kawasan baharu.


Dr Zaliha lawat premis KKM terjejas
Ini kerana fasiliti sedia ada jelasnya bukan sahaja terdedah dengan kejadian banjir, malah kedudukannya dilihat agak dekat dengan jalan raya yang dianggap kurang selamat.


Justeru pihaknya telah meninjau suatu kawasan yang akan dipertimbangkan sebagai lokasi baharu klinik desa kampung berkenaan, kira-kira tiga kilometer dari lokasi asal klinik itu.

Post a Comment

0 Comments