BIARPUN dikritik pembangkang, lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi disifatkan langkah paling tepat untuk kembali merangsang ekonomi negara.
Pandangan itu dinyatakan seorang penganalisis ekonomi, Dr Carmelo Ferlito dipetik laporan RTM.
Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Center for Market Education berkata, kerjasama Malaysia dengan Arab Saudi penting bagi menghadapi persaingan global meliputi persaingan pemain industri baharu dalam pasaran khususnya dalam sektor kewangan mampan.
"Baru-baru ini, bank Amerika Syarikat, Silicon Valley menutup perkhidmatan mereka. Oleh itu, pembangunan alternatif dalam bidang kewangan sangat penting.
"Jadi ini peluang Malaysia mewakili Asia Tenggara dan Arab Saudi mewakili negara Timur Tengah untuk mengadakan sesi dialog untuk membangunkan sistem kewangan baharu yang setakat ini dikuasai Eropah," jelasnya.
Pembangkang sebelum ini cuba memberi gambaran lawatan rasmi Anwar ke Arab Saudi baru-baru ini sebagai gagal.
Mereka memberi alasan ia kerana tiadanya pertemuan dengan pemimpin utama negara terbabit.
Pada Ahad Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Ahmad Farhan Fauzi memaklumkan Kerajaan Arab Saudi telah meminta Perdana Menteri melanjutkan tempoh lawatan rasmi ke negara itu supaya pertemuan antara beliau dan pemimpin negara berkenaan dapat diadakan.
Anwar bagaimanapun terpaksa menolak permintaan berkenaan secara baik kerana terikat dengan jadual tugas yang ketat.Pembangkang guna isu remeh burukkan kerajaan
Hari ini Anwar dijadualkan akan mengadakan kunjungan rasmi ke Phnom Penh, Kemboja, seterusnya ke Hainan dan Beijing, China pada Rabu untuk bertemu dengan Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya, Li Qiang.
0 Comments