Ekonomi lemah, lebih ramai bakal hilang kerja - MEF


PERSEKUTUAN
Majikan Malaysia (MEF) mengingatkan bahawa kadar pengangguran 5% pada April lalu hanyalah permulaan bagi lebih banyak pengurangan pekerjaan.

Pengarah eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, mereka menganggarkan kadar pengangguran akan naik ke 12 % susulan suasana ekonomi 'sangat lemah' yang dijangka berlarutan sehingga pertengahan tahan hadapan.

Suasana ekonomi lemah itu jelasnya berpunca dari sikap orang ramai yang lebih berhati-hati membelanjakan wang dimiliki mereka susulan kesan dari Covid-19 yang menyebabkan banyak majikan akan mengurangkan pekerjaan kerana berdepan masalah modal untuk menyokong operasi perniagaan mereka.

“Permintaan sangat lemah. Syarikat perlu mengurangkan tenaga kerja mereka. Ini akan berlanjutan sehingga pertengahan 2021. Kadar pengangguran 5% itu hanya permulaan,” katanya.

Terdahulu, Jabatan Perangkaan berkata, kadar pengangguran meningkat sebanyak 5% kepada 48.8% (778,800 orang) berbanding tahun sebelumnya.

Ketua Perangkawan Mohd Uzir Mahidin berkata,penutupan operasi sebahagian besar perniagaan semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilanjutkan hingga April 2020 menyebabkan kehilangan pekerjaan dan pencari kerja sukar mendapat pekerjaan.

Pekerja paling terjejas tambahnya adalah dalam sekto pembuatan dan perkhidmatan, iaitu penginapan serta makanan dan minuman, kesenian, hiburan & rekreasi; dan perkhidmatan lain seperti pusat kecantikan dan salon.

Sementara itu, Shamsuddin berkata, kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi memastikan syarikat dapat terus beroperasi dan mengekalkan pekerja.

“Banyak (syarikat) mungkin akan gulung tikar melainkan mereka mendapat bantuan daripada kerajaan,” katanya, selain menambah bahawa syarikat perlu dilindungi daripada kebangkrapan dan tindakan undang-undang oleh pekerja.

Beliau menggesa kerajaan supaya meneruskan subsidi upah pekerja seperti yang dilakukan di Singapura dan Amerika Syarikat bagi menghalang syarikat daripada ditutup terus.

Sebagai rekod, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini pernah memberi amaran mengenai isu kehilangan pekerjaan di kalangan warga tempatan susulan pendemik Covid-19.

BACA:
Anwar mahu PN fikir cara elak 'malapetaka' pengangguran

Melalui sidang media di laman Facebooknya Awal Jun lalu, Anwar menegaskan bahawa Putrajaya perlu memandang serius isu tersebut dan segera mencari jalan bagi menangani isu ekonomi yang bakal dihadapi rakyat terutama golongan B40 dan M40.

Post a Comment

0 Comments