SEORANG lelaki warga asing maut dihempap dahan pokok ketika melakukan kerja penebangan di Bandar Botanik dekat Klang, semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, pihaknya menerima panggilan daripada anggota Balai Bomba dan Penyelamat Andalas kira-kira jam 2.25 petang yang maklumkan kejadian terbabit.
"Siasatan awal, kejadian berlaku semasa mangsa sedang melakukan kerja penebangan pokok di tempat kejadian.
"Mangsa dihempap oleh salah satu dahan yang dipotong dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan leher sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya
Tambah Shamsul Amar, anggota bomba membantu membawa turun mayat mangsa berusia lingkungan 30-an.
"Mangsa ialah pekerja am dan diupah pemilik rumah untuk melakukan kerja memotong dahan pada hari kejadian," jelasnya.
Difahamkan, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat.
![]() |
Anggota bomba menurunkan mangsa |

0 Comments