PENDUDUK yang tinggal dikawasan perumahan berhampiran pusat penilaian Covid-19 (CAC) menyatakan rasa gelisah susulan kehadiran ramai pesakit di kejiranan mereka.
Seorang pengguna Facebook Mierz Qmanz yang dipetik laporan Malaysiakini berkata, beliau yang rumahnya berada di hadapan CAC mempersoalkan langkah dibuat pihak berkuasa itu sehingga kini merasakan tidak lagi selamat.
"Kenapa pihak berwajib letakkan CAC terlalu hampir dengan komuniti kami? Betapa pastinya kamu dengan keadaan udara kami sekarang? Adakah selamat?
"Kurung orang di rumah kononnya nak elak virus dekat dengan kami.. tapi nampaknya pihak berwajib yang dekatkan virus tu dengan kami.. sampai kami nak keluar rumah pun dah takut," katanya pada catatan di laman kumpulan Facebook Taman Sri Andalas.
Beliau turut memberitahu, kehadiran terlalu ramai orang telah membuatkan kawasan itu sesak dengan kenderaan diparkir di merata tempat.
Menurut laporan sama, Di Bandar Mahkota Cheras penduduk yang risau juga telah berkongsi klip video dan gambar orang yang berbaris di tepi jalan di bawah sinar matahari sementara menunggu giliran mereka untuk dinilai.
Video mengenai kesesakan di CAC mula dikongsikan warganet di sosial media. Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dikepalai Mahiaddin menjadi sasaran rakyat yang marah susulan peningkatan kes baharu membabitkan wabak itu.
Rakyat menyifatkan keputusan kerajaan mengisyhtihar darurat dan melaksana beberapa siri sekatan tidak berjaya mengekang penularan wabak tersebut seperti diharapkan.
Semalam, sebanyak lebih 11,000 kes baharu dilaporkan menjadi kes harian tertinggi pernah direkodkan di Malaysia setakat ini.
Menteri Kesihatan Adham Baba ketika mengulas isu kesesakan di CAC berkata ia tidak mengambarkan keadaan sebenar dialami di lokasi berkenaan setiap hari.
Pengendalian individu yang hadir bagi menjalani pemeriksaan dan penilaian risiko itu jelasnya turut menepati prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Situasi di kejiranan berhampiran CAC sebelum ini turut mendapat perhatian Presiden parti Amanah, Mohamad Sabu.
Mohamad Sabu yang juga adalah Ahli Parlimen Kota Raja mengatakan bahawa dia "sangat marah" CAC Taman Sri Andalas ditubuhkan di kawasannya tanpa amaran.
![]() |
Mat Sabu lahirkan rasa marah |
"Terdapat tempat lain yang jauh dari penduduk seperti stadium Kota Raja, Dewan Hokkien Klang dan Dewan Kemas," katanya dipetik.
Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan kesihatan Selangor dilapor akan menilai semula lokasi Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Dewan Taman Sri Andalas, Klang untuk dipindahkan ke kawasan lebih sesuai.
Pengarah Kesihatan Selangor, Dr Sha’ari Ngadiman berkata, penilaian semula itu dilakukan berdasarkan rungutan penduduk setempat yang menyifatkan lokasi CAC tersebut tidak sesuai kerana berhampiran penempatan serta laluan utama keluar masuk ke perumahan berkenaan.
0 Comments