PALESTIN membatalkan Perjanjian Oslo 1995 yang ditandatangani bersama negara haram Israel.
Keputusan itu dimuktamadkan Palestin pada Khamis, lapor agensi berita Anadolu.
Menteri Hal Ehwal
Awam Pihak Berkuasa Palestin, Hussein al-Sheikh, dalam temu ramah dengan
stesen televisyen Al-Jazeera turut memaklumkan perkara serupa.
Malah beliau berharap negara Arab dan dunia Islam akan menjadi kuasa yang menyokong pendirian Palestin itu.
“Israel sudah pun dimaklumkan bahawa pihak berkuasa Palestin tidak
lagi akan mematuhi perjanjian antara mereka,” katanya.
3 Bahagian
Menurut Perjanjian Oslo 1995 antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin, Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur dipecahkan kepada 3 bahagian iaitu Kawasan A, B dan C.
Menerusi perjanjian itu, Israel menghalang penduduk Palestin mendirikan binaan di kawasan C Tebing Barat, wilayah yang tertakluk di bawah pentadbiran dan kawalan keselamatan Israel.
Kawasan C kini menempatkan 300,000 penduduk Palestin, sebahagian besar terdiri suku Badwi dan komuniti penternakan yang majoritinya tinggal di dalam khemah, karavan dan gua.
Undang-undang antarabangsa menganggap Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur sebagai wilayah yang diduduki dan semua aktiviti pembinaan penempatan Yahudi di kawasan itu sebagai tindakan haram.
Sementara itu difahamkan, Liga Arab akan mengadakan mesyuarat tergempar peringkat menteri pada 1 Feb bagi membincangkan rancangan yang digelar “pelan damai” atas permintaan Palestin.
Palestin sebelum ini mengancam untuk menarik diri daripada Perjanjian Oslo jika Amerika Syarikat (AS) berdegil untuk mengumumkan Deal of the Century (Perjanjian abad ini) yang didakwa kononnya sebagai jalan penyelesaian terhadap konflik selama beberapa dekad antara Israel-Palestin.
Perjanjian bersifat berat sebelah itu jika dipersetujui didakwa akan menjadikan pencerobohan sementara Israel sebagai pendudukan kekal.

0 Comments