2 kapal terbang bertembung di Melbourne


EMPAT
orang terbunuh dalam pertembungan di udara antara dua pesawat ringan di Australia hari ini, menyebarkan serpihan di kawasan pedalaman di utara Melbourne.

Imej dari tempat kejadian di atas tanah menunjukkan logam dan serpihan badan pesawat bertaburan di ladang dan di antara pokok.

Polis yang dipetik laporan AFP berkata, kedua-dua pesawat enjin berkembar itu masing-masing membawa juruterbang dan seorang penumpang ketika ia berlanggar kira-kira 1,200 meter di atas bandar Mangalore.

Kedua-dua pesawat terbang secara sah di kawasan itu namun siasatan sedang dijalankan.

"Kami tidak pasti mengapa kedua-dua pesawat itu betul-betul berada di lintasan yang sama atau mengapa mereka berada di kawasan itu tetapi malangnya mereka bertembung di udara," kata Inspektor Polis, Peter Koger.

Satu pesawat baru sahaja berlepas dari lapangan terbang berdekatan tetapi pesawat yang lagi satu masih belum jelas asal dari mana, katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments